Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya". ( Surah Al-KAhfi 109-110)
Menyebut kepada isu ilmu ini semua kita sedia maklum, betapa hebatnya kita masih ada yang lebih hebat dari kita. Betapa kita merasa banyak sudah ilmu namun banyak benda lagi kita belum ketahui.
Bagi pelayar lautan ilmu semakin diredah semakin terasa kerdil dek lautan ilmu yang luas. Jangan pula kita terasa berpuas hati dek sungai yang pernah seberangi..
Kita hanya jaguh kampung, johan dikalangan orang kampung kita sahaja. Di sini boleh ana ibaratkan seperti seekor katak yang hanya berenang dalam lingkungan payau semata-mata, kita belum lagi mencuba sungai yang dalam dan apatah lagi lautan dalam..
"من علم علما فكتمه، ألجمه الله يوم القيامة بلجام من النار" (رواه أبي داود).أو كما قال
Barangsiapa mengetahui ilmu tetapi ia sembunyikannya akan dirantai oleh Allah di Akhirat kelak dengan rantai dari neraka
Gambar di sekitar pameran buku antabangasa PWTC KL
No comments:
Post a Comment