Tuesday, March 2, 2010

Bengkel Kecemerlangan Akademik FPQS 2010






Untuk pengetahuan semua Bengkel Kecemerlangan Akademik FPQS merupakan salah satu program yang menjadi tradisi kepada fakulti FPQS. Jika sebelum ini lebih di kenali sebagai bengkel cendiakawan namun pengisian dan juga objektif program ini hampir sama.

Bengkel ini berlangsung pada 26-28 Feb 2010 yang bertempat di Kem Al-Azhar Morip. Walau pada awalnya kedengaran ramai yang tidak mahu mengikutinya dan menyebabkan penganjur tak senang duduk memikirkannya, namun ternyata di akhir-akhir tarikh tutup penyertaan ramai yang datang mendaftar.

Sebelum program bermacam-macam andaian yang di buat oleh kami sebagai peserta, bagi yang pernah pergi program kepimpinan akan terbayang program kepimpinan dan bagi yang pernah pergi program motivasi, program motivasi jugalah yang terbayang di benak fikiran mereka. Semuanya terjawab apabila kaki kami sampai di tempat program.

Bermula dengan sedikit taklimat perjalanan program pada pagi 26hb di tempat kejadian, maka telah terjawab persoalan yang terbuku di hati selama ini. Selepas taklimat program kami di beri tempoh untuk berehat di samping makan tengah hari dan di ikuti sembahyang Jumaat di masjid berdekatan. Di masjid ini entah kenapa begitu bernasnya ucapan khatib sampai ramai di kalangan kami tunduk 'mengiakan' saja.

Balik dari solat jumaat maka bermulalah slot ice-breaking, dalam slot ini baru kami ketahui selama hampir 3tahun kami berada di bawah bumbung yang sama namun masih ramai lagi yang tidak kami kenali. Kenal tidak cukup dengan hanya kenal rupa dan nama, pembahagian martabat sahabat oleh Imam Syahid Hasan Al-Banna terbahagi kepada tiga bermula dari redha, sama macam kita mencintai diri sendiri dan yang paling tinggi mengutamakan sahabat, inilah yang kami dapat dari slot ini. Terasa bagai diri ini masih jauh dari penakrifan sebagai sahabat.



Bagi slot malam pertama kami di sini pihak kem menyediakan nite traking. Bunyi macam menyeronokkan namun bagi yang melaluinya cukup pedih rasanya. Jika sebelum in jika dengar je nite traking akan terbayang laluan hutan yang gelap, lorong bukit dan suara rimba di malam hari, namun kali ini kami terpaksa meredah lumpur pokok bakau yang boleh tahan baunya dan setiap kali kaki tersangkut dalam lumpur akan mengeluarkan bunyi yang tak sanggup di dengar dek telinga. Inilah realiti dunia, kadang-kadang ada susah dan senang, pahit dan manis itulah dunia. Kita takkan merasai sesuatu dengan hanya fantasi dan teori tapi semua itu dapat dirasai apabila kita menempuhi.

Pada pagi hari Sabtu seawal pkul 5 peserta sudah berada di surau bagi menunaikan qiyamullail. Perjalanan program pada hari sabtu itu boleh dikatakan 90% outdoor. Bermula dari riadhah dan di sambung dengan 'ape-ape aje' pada pagi. Sebelah tengah hari pulak kena masuk dewan kejap untuk slot Ust Mohd Yusuf dan di sambung pulak dengan high root dan kayak. cukup penat rasanya dek diri yang menanggung tapi kerana gembira kepenatan bagai menutupi, bagai kambing di beri air ketika kehausan. 


Pada malamnya pulak ada tiga modul yang melibatkan outdoor iaitu keserian cahaya bersama, hidup kena memberi dan cara bawa hajarul aswad. Melalui modul ini banyak benda yang kami dapat pelajari antaranya: Tiada guna jika kita berjaya dan menyinar dalam masyarakat jika masyarakat dan dunia tidak terkesan dek cahaya kita, cahaya kita tak ubah bagai kunang-kunang yang berkelip menunggu padam. Bagi modul bawa hajarul aswad pula menggambarkan kepada kita betapa kita perlu ada sifat kebersamaan barulah akan menerbitkan suatu kejayaan bersama, walau nampak mudah tapi jika tiada kerjasama dan ketelitian maka hasilnya tak akan sampai seperti apa yang kita harapkan. Bagi modul hidup kena memberi pula mengajar kita untuk hidup di dunia ini bukan sekadar meminta, ilmu atau kefahaman yang kita ada jika diberi kepada orang lain akan bertambah kefahaman. Tiada guna ilmu banyak namun tiada memberi.

Hari akhir hanya lebih berkisar kepada perbincangan kumpulan berkaitan isu-isu berkaitan pelajaran bersama fasilitator. Sebagai perkongsian idea dan pengalaman dalam melayari bahtera seorang yang bergelar mahasiswa. Dan di sudahi oleh sidang pleno atau resolusi keseluruhan program. Rata-rata menyuarakan pandangan bahawa program ini cukup bermakna bagi mereka. Haza Huwa...


"If you can Dream it, You can do it"



No comments: