Wednesday, June 23, 2021

Laluan Mencari KEJAYAAN Dunia Akhirat




 Dalam perkongsian kali ini saya mengambil pengajaran daripada surah Al Asr.. Secara kesimpulannya dari surah ini Allah mengklifikasikan seseorang yang berjaya itu mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Beriman
Syarat utama seseorang itu mestilah beriman, ini merupakan syarat penting supaya setiap individu itu jelas tujuan hidup mereka. Hidup penuh dengan tujuan yang jelas akan membuahkan tindakan yang jelas menuju kepada kejayaan yang diimpikan.

2. Beramal Soleh 
Dari iman yang mantap akan membuahkan seseorang untuk melaksanakan amal soleh untuk meneruskan kelangsungan hidup menuju bukan hanya kehidupan dunia tetapi cita-cita yang lebih jauh iaitu akhirat yang lebih kekal.

3. Berpesan kepada kebenaran 
Di dalam kehidupan ini, diantara tuntutan setiap muslim saling berpesan kepada kebenaran, supaya kehidupan kita semua lurus mengikut kehendak Islam berdasarkan sumber utama iaitu Al quran dan Sunnah. Mengikut telunjuk ulama yang lebih memahami kedua sumber utama itu.

4. Berpesan kepada kesabaran
Saling berpesan kepada sabar dalam menjalankan ibadat dan sabar dalam mencegah diri dari melakukan maksiat kepada Allah S.W.T....


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

link video: 

https://youtu.be/rK8797jdmD8

No comments: