Tuesday, May 12, 2020

Selamat Hari Guru.....




  Selamat hari guru buat semua pendidik.

 Melihat kembali video yang penuh nostalgia ini banyak mengembalikan kembali kenangan lama berkhidmat di SK Loktuhog. Video ini dirakam pada sambutan hari guru pertama yang disambut meriah dengan aktiviti buat ramai pendidik di sekolah ini. Masih ingat lagi kata-kata cikgu Rasad, sepanjang hampir 20tahun saya di Banggi ni Ust inilah kali pertama dibuat sambutan semeriah ini. Itulah menyebabkan beliau sanggup bermain bola walaupun pada hari itu hujan dan penuh air dipadang.

 Dalam video ini terdapat pelajar istimewa dihati guru, Amin(paling kiri) yang penuh semangat dan perasaan hendak membuat persembahan buat guru-guru. Ramai dikalangan guru pada masa ini terasa penuh hiba melihat beliau. 

 Dimana sudahlah si Amin ini, diharap terus berkekalan dan subur nilai murni yang tersemat dalam diri...


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

No comments: