Thursday, July 18, 2013

Pengisian Ramadhan Kali ini...



  Pertama kalinya saya mengucapkan SALAM RAMADHAN KAREEM buat semua, sedar tidak sedar sudah hampir 9 hari ramadhan bersama kita. Datangnya ditunggu perginya ditangisi. Di kesempatan ini saya hanyalahingin berkongsi sedikit perjalanan semasa sebagai menghiasi kembali ruangan yang sudah lama tidak di isi.. 

 Alhamdulillah setelah tamat latihan sebagai guru pelatih j_QAF Jun lalu sempatlah menghirup udara kemeriahan ramadhan di Negeri sendiri setelah sekian lama tidak merasainya, jika merasa pun hanya beberapa hari sebelum hari raya setelah diberikan cuti.

 Tahun ini Allah memberikan lagi beberapa peluang menyambutnya dengan hadiah yang belum pernah di lalui, untuk ramadhan tahun ini taklifan yang diberikan supaya menjadi pengiring kepada seorang saudara seislam kita dari bumi bertuah Palestin yang berasal dari Gaza dan diberikan penginapan berhampiran dengan seorang murshid yang sangat dikagumi oleh kawan dan lawan iaitu TG Nik Abdul Aziz.

 2 perkara ini dapat saya rasakan suatu hadiah yang sangat berharga, satunya dapat melihat sendiri macam mana roh tarbiah produk yang dikeluarkan oleh HAMAS yang penuh perbezaan berbanding diri yang kerdil ini, walaupun beliau hanya belajar dalam bidang Matematik tetapi tahap penguasaan ilmu Islam melebihi manusia seperti saya yang produk keluaran pengkhususan AlQuran dan Sunnah. Setakat yang di ketahui beliau menghafaz 30 juzuk al-Quran, keselurhan hadith di dalam Riadhussalihin dan kebanyakan nizom syair ilmu dihafal di samping masa tersusun rapi dengan jadual amalan harian.

 Di kesempatan berada berhampiran masjid Pulau Melaka ini dapat saya melihat begitu kerap Murshidul AM ini dengan lebih dekat lagi. Setiap pagi selepas subuh akan ada pengisian ilmu tafsir dan nasihat yang keluar dari mulut beliau. 
  
 Malam saya terisi dengan menjadi pengiring kepada saudaa dari bumi gaza ini menjadi imam terawih menjelajah beberapa masjid di seluruh Kelantan. 24 jam terpaksa memaksa diri cuba bercakap arab yang memang bahasa yang sudah lama di tinggalkan selepas zaman bergelar mahasiswa serba sedikit mengembalikan nostalgia lama.. 

(gambar aktiviti di masjid2)






"Mencorak Suasana Dengan Islam"

No comments: