Saturday, June 16, 2012

Lima Bulan Di Sini



Dua Sudut pandang yang berbeza...

Komen Orang Kampung:

1. "Alhamdulillah Ust banyak sudah kami tahu pasal sembahyang ni, sebelum ni kami main ikut saje orang, sekarang ni ada juga dengar2 yang ust ajar..."

2. "Kami sekarang kena berebut dah Ust, orang-orang tua untuk azan..Besar pahala tu, takkan nak bagi kat budak je..."

3. "Saya ni ust sebelum ni biasa buat report gaji pekerja lebih dari apa yang mereka buat, tapi sekarang kalau orang suruh saya buat, terus saya tak berani ust. Bimbang akhirat kelak nk jawab apa kat Allah..."

4. "Ust banyak lagi kena belajar ni, umur tua dah...tp banyak yang asas2 tak tahu lagi..."

5."Panas khutbah ust td, bgusla, semua tak terlelap..."

6. "Ust mcm mana nk solat tahajjud....ust mcm mner ini.... n banyak lagi soalan2 terpaksa jwab..."


Situasi Berbeza di sekolah

Pelajar Sekolah:

1. Ana: semua ikut, alif ba ta tha...(semua ikut), ok kamu cuba sebut, alif ba ta za...(pulak dah)

2."Ust malaslah nk belajar hari ni, benda sama je..."(nak ajar benda lain camner, benda tu pun xpandai2 lg...)

3. "Xbest lh ust ajar, baik dengan ust ****..."



 Di ruangan ini sengaja ingin berkongsi sedikit pengalaman di tempat yang cukup asing pada diri ini pada awalnya, Alhamdulillah boleh sudah cuba menyesuaikn diri.

 Dari dua situasi yang diri ini gambarkan, kadang terasa juga dan terfikir, Allah menghantar diri ini di sini untuk siapa sebenarya, melihat dua situasi ini terdakang aku berfikir sudah lari dari tugas asalku ditempatkan di sini. Orang kampung lagi banyak menerima dan merasa kewujudanku di sini berbanding pelajar ku. Namun, mungkin banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam mendidik anak-anak ini.

 Pagi ku di sekolah terasa bagai cukup berdosa tidak dapat lagi menarik minat ramai pelajar suka dan dapat menguasai ilmu yang aku curahkan, walaupun ada yang cukup berminat, namun bilangannya terlampau kecil. Tapi keluar sahaja waktu sekolah, apabila bersama penduduk kampung seolah-olah Allah memberi pengubat duka kepada ku dengan persoalan-persoalan penduduk dan tanda minat mereka kepada kemajuan diri mereka berkaitan agama.

 Banyak lagi yang perlu diri ini kuasai bagi memenangkan hati kanak-kanak ni, mungkin kerana terlampau dahulu bersama orang-orang sebaya dan lebih berumur sedikit menyukarkan diri ini menguasai dunia kanak-kanak.  Bab kata cikgu Rozaimin (pensyarah IPG): jika anak murid kita tidak pandai, jangan salahkan mereka, tapi salahkan diri kita sebagai guru tidak pandai membawa mereka untuk pandai..."

Kata-kata ini sahaja sebagai pengubat kepadaku, mungkin dengan kepahitan yang diselangi kemanisan  ini akan menambahkan lagi pengalaman sebagai mengharungi lipatan-lipatan hidup yang masih panjang di depan hari yang mungkin memerlukan ilmu berbentuk pengalaman. Yang  mampu aku ungkapkan sekarang ini hanyalah doa-doa kepa-NYA semoga dimudahkan pelayaran ku ini.. "La 'alallahu yusahhiluni...."Sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan..."  Janji-NYA tetap pasti....


"Mencorak Suasana Dengan Islam"  





2 comments:

Ir Jinggo said...

Allah yusahhil 'alaik.. :) terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan

pokcikmz said...

Terima Kasih Ir Jinggo...