(Bersama Sidi Malik, sheikh Tarikat Tijani Senegal)
Selamat
jua menghabiskan tahun 2011 ini, namun yang pasti tahun 2012 yang datang ini
merupakan tahun yang pastinya lebih mencabar dalam realiti kehidupan ini. Di
ruangan ini, saya cuba menyingkap kembali beberapa sketsa kehidupan diri ini
dalam melayari tahun 2011 yang lepas. Memandangkan tahun 2011 lepas merupakan
tahun bergelar seorang graduan. Bagi diri ini, pada tahun 2011 lepas ibarat layang
yang mencari angin. Semasa ada angin boleh berterbangan indah, namun sebaliknya
ketika angin tidak bertiup, hanya keyakinan kepadaNYA sahaja menjadi penawar. Di kesempatan ini saya ingin mencoret beberapa
pecahan penting bagi tahun ini bermula bulan Januari sehingga Disember. Sekadar
coretan buat diri ini, disamping perkongsian buat pembaca. Jauh sekali di sudut
hati diharap tulisan ini tidak terbit perasaan mazmumah (wal iyazubillah.
Januari-April
Alhamdulillah
pada tempoh ini saya telah diberi peluang oleh Allah sempat berkhidmat di Jabatan
Agama Wilayah Persekutuan cawangan Putrajaya (JAWI) sebagai pelajar praktikal.
Dalam tempoh sekejap ini banyak pengalaman dan ilmu yang baru dapat diri ini
belajar. Dengan keramahan staffnya dan sikap suka membantu, diri ini terasa
selesa bekerja disamping menimba pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelum
ini.
(Bersama Staff JAWI caw Putrajya)
Di sini
saya dibahagi tugasan pada setiap unit yang berada di JAWI Caw Putrajaya.
Bermula Unit Pengurusan Khariah, Unit Dakwah, Unit Pembangunan Keluarga atau
Perkahwinan, Unit Penguatkuasa, Unit Pengurusan dan Unit Pendakwaan (minta maaf
jika silap). Setiap unit yang diri ini lalui terdapat kenangan dan pengalaman
baru yang tidak pernah diri ini lalui.
Yang
banyak memberi kesan pada diri ini dalam tempoh ini ialah dengan diberi
beberapa kepercayaan memberi kaunseling rumah tangga, memberi sedikit pengisian
buat golongan yang tertangkap di malam hari berdua-duan dan berkenalan dengan
golongan saudara baru. Di samping pernah turut bersama memandikan jenazah di
bilik mayat Hospital Putrajaya. Itulah serba sedikit pengalaman berada di JAWI
Putrajaya.
Mei-Oktober
Bermula bulan Mei 2011, maka bermulalah diri
ini bukan lagi berstatus pelajar. Dalam tempoh ini sempat berkhidmat sebagai
Guru penyelia KAFA Ummu Aiman cawangan Senawang, N.S. Cukup mencabar rasanya,
seorang yang baru keluar ke alam reality ini telah diberi tanggungjawab
sebegini. Pelbagai pengalaman pahit dan manis berkhidmat. Pengalaman berdepan
dengan pelajar, ibu-bapa dan guru-guru dibawah pengawasan, di samping urusan
pejabat yang terpaksa diuruskan.
(Bersama anak didik KAFA Ummu Aiman, caw Senawang)
Pernah
ditegur dan dikomen perkhidmatan oleh ibu-bapa penjaga, kadang-kadang
membuatkan diri ini resah memikirkan jalan penyelesaian. Namun semua itu terasa
manis bila dapat diselesaikan. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan apabila
seorang ibu pelajar datang menanyakan perkembangan anaknya, disamping
menyatakan tidak berpuas hati. Tercabar juga diri ini, satu persoalan pelik
yang diaju kepada diri ini iaitu: “Ust kenapa anak saya tidak pandai ‘mengeja’
nak baca Quran?” “tapi dia boleh baca Quran”.(fikirlah ek, apa sepatutnya
jawab).
Dalam
tempoh ini jualah dapat merasa bekerja sampai tidak kenal erti letih. Apa
tidaknya, dari jam 8 pagi mengajar hingga ke pukul 12 malam mengajar. Bermula
8-12 tgahhari kelas KAFA pagi, pukul 3-6petang di sambung 8.30-10.00 malam
kelas mengaji Quran remaja dan 10.00-12.00 malam mengajar pelajar IPT di rumah.
Fuhh!! Letih, tapi terasa terubat bila melihat perkembangan anak didik.
November- Disember
Alhamdulillah
telah dilantik berkhidmat sebagai Pembantu penyelidik di Akademi Permata Insan
USIM bagi menyiapkan modul pintar Quran dan Sunnah yang akan digunakan bagi
pembelajaran kanak-kanak Permata Insan. Selama 2bulan ini bagi diri ini
seolah-olah mengembalikan kembali semangat mengkaji ilmu Allah yang luas ini.
Dalam
tempoh singkat 2 bulan dapat menyiapkan tajuk-tajuk yang di amanahkan. Dengan
tunjuk ajar pensyarah-pensyarah yang dulunya pernah mengajar diri ini dalam
kuliah, tetapi kehadiran diri ini kali ini ibarat seperti kawan yang rapat pula
dengan pensyarah-pensyarah dalam memberi
tunjuk ajar menyiapkan modul ini.
Kesimpulan
Cukuplah
rasanya sedikit coretan perjalanan diri ini dalam tahun 2011, bagi saya tahun
ini adalah tahun bertatih mencari identiti sendiri di dunia realiti. Jika di
alam kampus kita bebas berbicara melontar idea tetapi di medan reality ini kita
bukan lagi seorang yang sekadar pandai melontar buah fikiran tetapi kita jualah
pelaksana segala lontaran fikiran itu sendiri. Dan yang terakhirnya diharap
kepada yang membaca makalah daif ini dapat mendoakan diri ini dibukakan rezeki
olehNYA kepada diri ini bagi meneruskan lagi ‘survival’ diri ini. Buat masa ini
belum tahu lagi apa yang akan diri ini lakukan bulan januari ini, memandangkan
baru sahaja tamat kontrak. Hanya menunggu percaturan dariNYA dan pengharapan
dariNYA..
Beberapa tarikh keramat bagi tahun 2011:
1. 24 Julai 2011: Majlis penutup Imam Muda Qaryah JAWI
2. 5 Oktober2011: Lulus Test lesen Kereta
3. 24 November 2011: Abang Ngah(Akram) Kahwin
4. 3 Disember 2011: Konvokesyen ke-9 USIM.
Dan banyak lagi tarikh-tarikh penting tidak tercatat dalam ruangan ini.
"Mencorak Suasana Dengan ISlam"
"
No comments:
Post a Comment