Link Video Surau AN Nur SK Pos Legap: https://youtu.be/rQ_hTY9GlRc
Saturday, May 22, 2021
Surau SK Pos Legap Anugerah emas Surau Imarah
Tadabbur Surah Al Asr
Video ini menerangkan berkaitan kefahaman atau tafsiran secara ringkas Surah Al Asr. Guru menerangkan secara terperinci setiap ayat daripada surah Al Asr ini. Di samping kita membaca surah ini, banyak pedoman dan tuntutan yang perlu diambil sebagai pengajaran dalam kehidupan seorang muslim. Semoga video ini bermanfaat buat pelajar dan semua.
"Mencorak Suasana Dengan Islam"
Wednesday, February 10, 2021
Cikgu DEE Pos
Wednesday, January 27, 2021
Guru Kena Pergi Sekolah Musim PKP!!!
Empat kaedah pembelajaran dipraktikkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Legap, Sungai Siput, Perak untuk memastikan tiada murid tercicir dalam pendidikan akademik seiring pelaksanaan sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.
Guru Besarnya, Balya Aziz @ Ismail, berkata pendekatan itu merangkumi penyediaan modul pembelajaran, mewujudkan kumpulan Whatsapp dalam kalangan ibu bapa, penggunaan buku teks dan tontonan melalui saluran TV Pendidikan.
Beliau berkata, kekangan akses internet dan pemilikan gajet yang rendah di kawasan pedalaman bukan halangan untuk pembelajaran akademik berlangsung memandangkan terdapat medium lain yang boleh menggantikannya.
“Kami telah sediakan modul pembelajaran merangkumi semua subjek bagi tempoh dua minggu sekali gus yang diambil ibu bapa di dewan sekolah manakala kumpulan Whatsapp pula bertindak sebagai medium perantara pembelajaran antara guru, ibu bapa dan pelajar.
“Kumpulan ini terdiri daripada Yang Dipertua PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) serta Tok Batin di mana mereka ini bertindak sebagai ejen bagi menguar-uarkan maklumat berkaitan pembelajaran yang disediakan guru dari semasa ke semasa,” katanya kepada GPSBestari.
Menurut Balya, di samping penggunaan buku teks sedia ada, pihaknya turut menggalakkan ibu bapa menonton TV Pendidikan sebagai bahan tambahan pembelajaran murid.
“Kita juga ada edarkan jadual siaran TV Pendidikan setiap hari untuk makluman ibu bapa.
“Pihak sekolah dan PIBG telah bermesyuarat awal apabila dimaklumkan pelaksanaan semula PKP kerana pengalaman terdahulu banyak membantu, justeru kami yakin kaedah modul ini dapat dipraktikkan murid sebaiknya selain tidak membebankan kewangan ibu bapa di sini.
Balya berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar kerana sentiasa cakna membantu meningkatkan tahap pendidikan di kawasan itu.
Pada masa sama, beliau sentiasa menggalakkan gurunya untuk lebih kreatif dan mewujudkan suasana pembelajaran menarik antaranya menerusi penghasilan video.
link artikal : GPSBESTARI.COM
"Mencorak Suasan Dengan Islam"
Tuesday, December 29, 2020
Surah Hafazan Sekolah Rendah
https://www.youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKuGI-w9sUFOvu5qh9ST5FKT
Anda juga boleh melayari youtube saya di
https://youtube.com/c/CikguDEEPOS
Terima kasih..
"Mencorak Suasana Dengan Islam"
Playlist Video Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Assalamualaikum semua
Di musim cuti sekolah ini dengan norma baru, pergerakan terpaksa dihadkan bagi menjaga kesejahteraan bersama..
Bagi mengisi ruang masa anak-anak di rumah, disini saya kongsikan playlist video pembelajaran subjek PENDIDIKAN ISLAM sekolah rendah buat semua dari tahun satu sampai tahun enam.. Hasil perkongsian sahabat-sahabat Akademi Youtuber Guru(AYU ) seluruh Malaysia yang hebat semua.
Video ini boleh digunakan oleh guru-guru, murid-murid dan ibubapa sebagai bahanbantu mengajar...
Moga ianya bermanfaat buat semua...
Tahun SATU
https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKumxEP72OLz-yYezf2BCfDu
Tahun DUA
https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKurf80VXGuBvufaaNiELsXH
Tahun TIGA
https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKtfnBIAMDJeqMCTuV8RPlkc
Tahun EMPAT
https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKvH7pXOmXIXAXVN0b2CVVVk
Tahun LIMA
https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKtKAj-a-RgItZXevfC40dK9
Tahun ENAM
https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKu9lY6gJkXWrmI0OJWk0BiD
Surah Hafazan sekolah rendah
https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKuGI-w9sUFOvu5qh9ST5FKT
Anda juga boleh melayari youtube saya di
https://youtube.com/c/CikguDEEPOS
Terima kasih..
Boleh kongsikan buat semua
"Mencorak Suasana Dengan Islam"
Channel CIKGU DEE masuk portal AYU
💥PDPC BIDANG AL QURAN SEKOLAH RENDAH
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Saya, Ustaz Ahmad Majdi Bin Sanusi, mempunyai pengalaman mengajar selama 9 tahun dan kini sedang berkhidmat di SK POS LEGAP Sungai Siput (U), Perak.
💥Berpengalaman juga sebagai hakim tajwid Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah.
Saya ingin berkongsi dengan anda 5 video pdp terbaik yang saya hasilkan untuk anak murid sekolah rendah dalam bidang Al Quran (Surah Hafazan). Walaupun hanya menonton video mereka mempelajari 4 kemahiran utama bagi bidang Hafazan, iaitu baca, hafaz, hafaz dengan betul dan hafaz dengan bertajwid.
Kesemua video yang saya hasilkan adalah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang ada dalam Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran sekolah rendah, atau di kenali secara ringkas DSKP sekolah rendah. Bertepatan dengan ciri pembelajaran abad 21.
Di bawah adalah video terbaik ini daripada channel ustaz:
1. SURAH AL IKHLAS HAFAZAN TAHUN 1
2. SURAH AL FATIHAH HAFAZAN TAHUN 1
3. SURAH AN NAS HAFAZAN TAHUN 2
4. SURAH AL ASR HAFAZAN TAHUN 3
5. SURAH AL QORIAH HAFAZAN TAHUN 4
Jika anda dapati video ini bermanfaat untuk semua, maka sebarkanlah kepada: guru-guru, ibu bapa, rakan taulan ataupun sanak saudara kalian semua. Semoga amal jariah ini diterima oleh Allah dan pahalanya berpanjangan hingga ke akhirat sana.
أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
Maksudnya :” Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.”
Riwayat al-Baihaqi (1865) di dalam Syu’ab al-Iman
Anda juga boleh melayari youtube saya di
https://youtube.com/c/CikguDEEPOS
EDIDIK MALAYSIA
KELAB GURU MALAYSIA
Tuesday, October 20, 2020
Koleksi Bahan PdPR Pendidikan Islam KSSR
Assalamualaikum kawan-kawan..








