💥PDPC BIDANG AL QURAN SEKOLAH RENDAH
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Saya, Ustaz Ahmad Majdi Bin Sanusi, mempunyai pengalaman mengajar selama 9 tahun dan kini sedang berkhidmat di SK POS LEGAP Sungai Siput (U), Perak.
💥Berpengalaman juga sebagai hakim tajwid Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah.
Saya ingin berkongsi dengan anda 5 video pdp terbaik yang saya hasilkan untuk anak murid sekolah rendah dalam bidang Al Quran (Surah Hafazan). Walaupun hanya menonton video mereka mempelajari 4 kemahiran utama bagi bidang Hafazan, iaitu baca, hafaz, hafaz dengan betul dan hafaz dengan bertajwid.
Kesemua video yang saya hasilkan adalah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang ada dalam Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran sekolah rendah, atau di kenali secara ringkas DSKP sekolah rendah. Bertepatan dengan ciri pembelajaran abad 21.
Di bawah adalah video terbaik ini daripada channel ustaz:
1. SURAH AL IKHLAS HAFAZAN TAHUN 1
2. SURAH AL FATIHAH HAFAZAN TAHUN 1
3. SURAH AN NAS HAFAZAN TAHUN 2
4. SURAH AL ASR HAFAZAN TAHUN 3
5. SURAH AL QORIAH HAFAZAN TAHUN 4
Jika anda dapati video ini bermanfaat untuk semua, maka sebarkanlah kepada: guru-guru, ibu bapa, rakan taulan ataupun sanak saudara kalian semua. Semoga amal jariah ini diterima oleh Allah dan pahalanya berpanjangan hingga ke akhirat sana.
أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
Maksudnya :” Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.”
Riwayat al-Baihaqi (1865) di dalam Syu’ab al-Iman
Anda juga boleh melayari youtube saya di
https://youtube.com/c/CikguDEEPOS
EDIDIK MALAYSIA
KELAB GURU MALAYSIA
No comments:
Post a Comment