Video ini adalah untuk kegunaan murid-murid, ibu bapa dan guru untuk pembelajaran dirumah. Semua guru, murid dan ibu bapa dibenarkan untuk menggunakan video ini.
Dalam perkongsian kali ini saya mengambil pengajaran daripada surah Al Asr.. Secara kesimpulannya dari surah ini Allah mengklifikasikan seseorang yang berjaya itu mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Beriman
Syarat utama seseorang itu mestilah beriman, ini merupakan syarat penting supaya setiap individu itu jelas tujuan hidup mereka. Hidup penuh dengan tujuan yang jelas akan membuahkan tindakan yang jelas menuju kepada kejayaan yang diimpikan.
2. Beramal Soleh
Dari iman yang mantap akan membuahkan seseorang untuk melaksanakan amal soleh untuk meneruskan kelangsungan hidup menuju bukan hanya kehidupan dunia tetapi cita-cita yang lebih jauh iaitu akhirat yang lebih kekal.
3. Berpesan kepada kebenaran
Di dalam kehidupan ini, diantara tuntutan setiap muslim saling berpesan kepada kebenaran, supaya kehidupan kita semua lurus mengikut kehendak Islam berdasarkan sumber utama iaitu Al quran dan Sunnah. Mengikut telunjuk ulama yang lebih memahami kedua sumber utama itu.
4. Berpesan kepada kesabaran
Saling berpesan kepada sabar dalam menjalankan ibadat dan sabar dalam mencegah diri dari melakukan maksiat kepada Allah S.W.T....
Dah banyak sekolah ditutup sekarang kan? Tetapi PdPR perlu dilaksanakan juga. Kami gabungan Guru-guru Pendidikan Islam daripada Akademi Youtuber telah menyediakan bahan-bahan
terbaik
untuk kegunaan rakan-rakan guru Pendidikan Islam KSSR.
Disertakan link bahan PdPR di bawah :
Koleksi Bahan PdPR Pendidikan Islam KSSR Tahap 1 (Pra, Tahun 1 - Tahun 3) :
Sekadar mencabar diri menyertai akademi youtuber ini, belajar dengan rakan-rakan guru yang hebat di luar sana menghasilkan video pendidikan buat sumbangan pelajar di alam maya ini...
Harap dapatlah belajar semampu mungkin dengan kawan guru ini..
Moga dapatlah pembaca sekalian subscribe channel baru saya ni...
Sekadar berkongsi buat semua, sebagai pengisi masa lapang musim2 bekerja dari rumah.. Tiap hari online tengok hp dengan laptop je buat kerja, kita tambahkan juga aktiviti lain bagi meminimunkan ruang di rumah ni, nampak kemas barang-barang dan selamat untuk anak-anak bermain...
Anak kecil-kecil lagi duduk dirumah ni tahu main jelah...
Sekian semua, boleh tengok video yang di kongsikan itu... Cara saya pasang bendalah tu. "L Shape wall shelf" tulis kat kotak ni...