Showing posts with label Gambaq. Show all posts
Showing posts with label Gambaq. Show all posts

Tuesday, June 2, 2020

Pasang L Shape Wall Shelf DIY style | Rak L |





Sekadar berkongsi buat semua, sebagai pengisi masa lapang musim2 bekerja dari rumah.. Tiap hari online tengok hp dengan laptop je buat kerja, kita tambahkan juga aktiviti lain bagi meminimunkan ruang di rumah ni, nampak kemas barang-barang dan selamat untuk anak-anak bermain... 

 Anak kecil-kecil lagi duduk dirumah ni tahu main jelah...

Sekian semua, boleh tengok video yang di kongsikan itu... Cara saya pasang bendalah tu. "L Shape wall shelf" tulis kat kotak ni...

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Tuesday, May 26, 2020

Channa Limbata, ikan kedak, Gabus....




 Ikan ini biasanya mudah didapati di sungai atau lata di kawasan bukit, ekornya yang cantik menjadikan ikan ini ada peminatnya tersendiri. 


Di Malaysia sendiri pun terdapat pelbagai wariasi warna yang menarik ikan ini.  Hampir dua tahun membela ikan ini hasil tangkapan sendiri di kawasan air terjun. 


Cukup mudah untuk di bela, lama-lama bela ikan ini makan juga dedak pelet. 

Disini saya kongsikan juga gambar-gambar ikan channa yang lain, diambil dari sumber facebook dan google..














 

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, May 10, 2020

Suasana sekitar Pkp 2020 di Machang, 2020




(Mini market di Pangkal Cuit, awal-awal pkp) 

(Klinik Temangan) 

(KFC Machang, sehari sebelum puasa) 

BSN Machang

masuk kebun PKP 2020

Sebelum



 (Ulu parang pun patah)


Selepas






 (Jumpa Benda ni, kita bela dulu)

Wednesday, May 6, 2020

Murid tahun 2 SK Pos Legap 2020


 Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengajar masyarakat orang asal suku kaum temiar. Lain sekolah lain cabarannya, mengajar di bandar dengan cabarannya. 

 Pengalaman bertugas rata-rata sekolah diluar bandar banyak membantu saya mengguna pelbagai kaedah bersesuaian dengan penerimaan murid kita. Dan bagi seorang pendidik walau bagaimana murid yang datang kepada kita, kita mesti berusaha semaksimun mungkin untuk memberi tambahan ilmu kepada mereka. 
  
 Dan tiada yang mengembirakan bagi seorang guru apabila pelajarnya menunjukkan perkembangan terhadap apa yang dipelajarinya walaupun sedikit. 

 Teknik-teknik santai dan perbanyakkan pengulangan dalam versi pelbagai sangat membantu pelajar untuk lebih berminat untuk belajar. Memandangkan mereka ini tidak terdedah dengan arus persaingan seperti di bandar. 

Bercerita sirah Rasul di sini syok jg kadang-kadang


Bacaan Surah al-fatihah

Amali solat sangat membantu murid mengingati bacaan solat...


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday, March 9, 2020

Trip Tasik Banding 29/2/2020

 Alhamdulillah selesai trip bersama geng perakan Sg. Petani Kedah..

 Turut bersama dalam trip kali ini beberapa pimpinan kerajaan Negeri Kelantan. Trip santai pelbagai latar belakang bertemu memeriahkan trip kali ni.

Sebanyak 4 rumah rehat di sewa bagi menampung lebih kurang 80 orang untuk trip kali ini. Bukan sahaja memancing, pelbagai lagi aktiviti yang dilaksanakan bersama seperti traking, dikir barat, meronda dengan bot kawasan berhampiran menjadikan semua anggota trip tidak boring berada di atas "houseboat". 









"Mencorak Suasana Dengan Islam"