Uacapan
Aluan Sempena Mesyuarat Agong Tahunan SPP FPQS, USIM kali ke 1, 2011
Alhamdulillah,
kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala di atas
anugerah serta limpahan rahmat yang telah diberikan ke atas kita selaku
khalifah yang berada di muka bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, penghulu segala Nabi.
Yang dimuliakan tuan pengerusi
majlis, Yang berbahagia ayahanda dekan fakulti quran sunnah Dr Adnan Bin
Mohamed Yusoff, yang berusaha timbalan dekan ust Ahmad Sanusi Bin Azmi,
ketua-ketua program, pensyarah2, sahabat-sahabat seperjuangan SPP dan tidak
dilupakan buat warga fpqs semua.
Ayahanda
Dekan, pensyarah2 dan sahabat2 seperjuangan sekalian.
Buat pengetahuan ayahanda, pertemuan
malam ini hanyalah permulaan atau pengenalan ringkas tentang muktamar, sebagai
pencetus semangat buat kepimpinan akan datang menjadikan muktamar sebagai salah
satu acara yang penting dalam takwin program tahunan. Mungkin selepas ini boleh
dilaksanakan bagai muktamar-muktamar yang biasa kita lihat di media-media arus
perdana.
Ayahanda
Dekan, pensyarah2 dan sahabat2 seperjuangan sekalian..
Kebiasaannya jika disebut muktamar,
pembukaan kepada suatu muktamar itu dengan ucapan dasar presiden atau pengerusi
sesuatu organisasi. Tetapi untuk ruangan ini, saya hanya diberi ruang sebagai pemberi
ucapan aluan pembukaan. Namun begitu, saya ingin meminta izin dengan ayahanda menggunakan
peluang ini untuk berceloteh memberi sedikit pencerahan atau suluhan buat
kepimpinan baru yang akan diumum sebentar lagi berkaitan halatuju survival SPP
sebagai memperingati kembali.
Ayahanda
Dekan, pensyarah2 dan sahabat2 seperjuangan sekalian..
Tema “Mencorak Suasana Dengan Islam” kepada kepimpinan
SPP yang lepas adalah taruhan bagi cuba mencorak sedikit reality kehidupan
mahasiswa daripada terus dihakis dari sebarang makanisme yang tidak sepatutnya
dalam diri setiap mahasiswa jika tiada yang cuba mengawalnya. Berdasarkan tema
ini, kepimpinan lepas sedaya-upaya menjayakan misi yang penting ini. Walaupun
tidak tercapai sepenuhnya, tapi diharap biarlah meninggalkan sedikit kesan buat
mahasiswa usim amnya dan khususnya buat fakulti fpqs itu sendiri.
Bermula dari merangka kembali perjalanan berpersatuan,
iaitu dari sekecil-kecil perkara seperti menitik beratkan “times management”
dalam kepimpinan, disamping menjadikan amalan memberi salam subur di bibir
dalam perjalanan harian kepimpinan spp. Walaupun Nampak kecil amalan ini pada
pandangan kebiasaan, tapi disinilah tersirat pelbagai jawapan kepada permasalah
umat masa kini. Di harap amalan ini terus subur dalam perjalanan harian kita
semua.
Ayahanda
dekan, pensyarah-pensyarah dan sahabat seperjuangan sekalian..
Thaqafah
cemerlang melambangkan kualiti mahasiswa
Bila membicarakan Thaqafah cemerlang
izinkan saya membawa kalian berfikir di luar batasan sempadan kampus, penilaian
masyarakat kampus terbatas kepada berapa tinggi pointer kalian. Tetapi dengan
tinggi pointer ini belum bermakna penilaian yang sama akan kalian dapat di luar
sana. Memang tidak saya nafikan betapa pentingnya pointer, tetapi akan
bertambah cantik jika pointer dijalin dengan thaqafah mendalam dalam sesuatu
bidang. Di luar sana penilaian masyarakat tertumpu kepada berapa banyak jasa
kalian dalam masyarakat bukannya betapa tinggi kalian berada.
Kepimpinan
melalui jalinan Thaqafah yang mantap
Seseorang
tokoh itu tidak akan mampu untuk menjadi hebat sekiranya dia tidak dipupuk dan
diasah. Dengan latihan, pengalaman dan keyakinan yang berterusan, seseorang
individu yang inginkan sesuatu cita-cita akan dapat memperolehi apa yang
dicitakan.
Dalam kepimpinan SPP diharap dapat melahirkan
kepimpinan dan para ilmuan yang bukan hanya dapat menyatakan yang ini salah dan
yang ini betul, tetapi tidak tahu memberikan apa-apa jalan penyelesaian untuk
sesuatu permasalahan. Saya mengucapkan setinggi penghargaan buat urusetia yang
menjayakan minggu kesenian Islam yang lalu. SPP FPQS telah membuktikan inilah
yang di maksudkan dengan kesenian atau hiburan yang kita mahukan dalam bumi
bertuah USIM ini, iaitu dengan sentuhan penambahbaikan terhadap apa yang sudah
ada. Dengan berjayanya program ini, saya berpendapat inilah antara contoh
kepimpinan yang diharapkan untuk sesi akan datang. Kita bukan hanya menyatakan
sesuatu itu salah, tetapi kita juga turut memberikan jalan pilihan yang
sepatutnya kepada apa yang kita ungkapkan.
Ayahanda
Dekan, pensyarah2 dan sahabat2 seperjuangan sekalian..
Sebelum saya mengundurkan langkah kaki
ini, rasanya saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ayahanda dekan dekan Dr. Adnan, Ust sanusi dan ketua2 program kerana
telah banyak menyokong SPP dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang.
Di kesempatan ini juga saya merakamkan
juga jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus bekerja
dalam SPP ini, walaupun tiada upah yang dijanjikan, tapi kalian sanggup bersama
dalam soff kepimpinan ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian
semua.
Dan bagi kepimpinan yang bakal
mengambil alih tampuk kepimpinan ini, saya harapkan gunakanlah peluang yang
terhidang ini untuk kalian polish bakat yang terpendam dalam diri kalian.
Selagi kalian bergelar mahasiswa/pelajar masa inilah untuk kalian belajar,
bukan sekadar belajar di dalam dewan kuliah tetapi belajar untuk menjadi
pemimpin. Tetapi jika kalian keluar ke medan di luar sana, kesalahan yang
kalian lakukan ibarat satu kesalahan besar buat pandangan awam kerana kalian
telah membawa “title” siswazah. Gunakan peluang ini juga untuk kita berjasa
kepada fakulti dan USIM dengan keberadaan kalian di tampuk kepimpinan ini.
Harapan pelajar lain kepada kalian semua, jadi jangan lepaskan peluang ini.
BAgi sesi ini diharap tiada lagi kedengaran suara-suara yang berbunyi “Saya
tidak layak”. Buktikan pada diri sendiri dan semua bahawa orang yang
belatarbelakangkn pndidikan Quran dan Sunnah mampu memegang jawatan dan menjadi
pimpinan contoh dalam kampus dan untuk jangka masa panjangnya masyarakat diluar
mungkin menjawat jawatan penting dalam kerajaan.
Sekian Sahaja ucapan saya kali ini,
yang baik itu dijadikan panduan dan yang kurang itu di jadikan sempadan supaya
tidak didekati..
Wassalam…
Di Sediakan
Oleh
………………………………..
(Ahmad Majdi
Bin Sanusi)
"Mencorak Suasana Dengan Islam"