Monday, October 26, 2009

Salam imtihan For All



Selesai sudah satu sem pengajian, hanya tinggal exam yang akan menjelang seminggu lagi..

Sebagai Taujihat untuk semua para Perjuang yang bakal menempuhi final exam..

Di antara "nature exam" yang Allah berikan biasa dengan Exam yang akan menjelma, kedua-duanya kita kena rempoh. Bukan sekadar rempoh tetapi kita juga sudah di ajar setiap benda yang terhidang di depan mata semuanya mesti memberi input kepada gerak dakwah islam. Jadi, biarlah exam kali ini memberi medium tambahan kepada para pendokong perjuangan ini bagi menarik para madu' kepada tertarik dengan islam amnya dan para daie' khususnya. 

Kembalikan semangat untuk bersama perjuangan..

Buang yang keruh, ambil yang jernih...

Sanjungan manusia tak kemana....

Yang penting redha Allah S.W.T...

Alangkah untungnya orang-orang yang menuntut ilmu dan berjuang...

Ilmu di perolehi, Hikmah di kuasai...

Sesaat masa berlalu takkan kembali..

Buktikan cinta kita kepada ISLAM dengan pERJUANgan...


Pray for our succes in final exam..InsyaAllah....   

  

Friday, October 16, 2009

Program! Oh Program!


Alhamdulillah selesai sudah beberapa program kat sini, masih menunggu lagi 2 program..
Dalam beberapa minggu ni berterusan di hadapkan tanggunjawab program..
bermula Bengkel MUET 1 FPQS,
solat hajat dan motivasi sempena peperiksaan MPP,
Bakti Siswa kat kampung batang benar MPP,
dan sekarang masih menunggu 2 program lagi,
Solat Hajat dan Motivasi Peperiksaan FPQS(22.10.09),
Bengkel Muet 2(24.10.09)...


Walau tubuh ini letih di hadap kerja..
Walau fikiran berputar tiada henti..
Walau jiwa resah gulana..
Walau rambut kusai..
Makan, minum tidak tetap masa..
Hanya satu kuharap dariMU ya ALLAH
Permudahkanlah semua urusan perjanan hidup hambamu yang daif ini...

Saturday, September 26, 2009

SALAM EIDUL FITRI





Selesai sudah cutiku dengan berhari raya bersama keluarga di kampung..
setelah hampir 3bulan tak pulang ke kampung..
hanya hari raya saja yang dapat mengumpulkan kami adik-beradik di kampung...
Hari raya kali ini juga, aku dapat bertemu kembali kenalan yang merantau ke mesir yang balik bercuti.... walau sudah dua tahun kami berpisah, namun bagiku jarak di antara kami tiada beza walau masa memisahkan.....

Hati menangis rindu dan shahdu...
Perasaan sedu..
Mata tak bermaya..
Fikiran berpelana..
Walau lidah tak mengadu..
Tak mengeluh pilu...
Namun yang mengetahui hanya DIA...
Biar susah di luah kata-kata..
Hanya hati sahaja yang mentafsir dan berbicara...
Ku harap hari raya kali ini sebagai pengubat rindu bersama...
Semoga tautan ukhwah terus terbina...
Selamat Hari Raya buat semua...




















Friday, September 11, 2009

Cetusan Ramadhan




Salam Ramadan, Salam sayang, Salam bahang, salam Barkah.
Selawat dan salam pada RAsul jungjungan kekasih Allah.

Agak terkilan pada diri-diri yang tidak dapat mengejar nikmat ramadhan.
walau di beri segunung peluang....
Walau di hidang hidangan berlauk dan luang...
Wahai Ramadhan....
di dalam sisa-sisa yang ada ini adakah engkau masih menerima jiwaku dan ibadahku..
Walau tak sehebat sahabat yang lain?...
Ku harap lailatul qodr pengubat rinduku yang berpanjangan untuk ubudiah padaMU..
Lantaran malu diriku yang kotor hina,nista berpolot debu dan nanah dosa-dosa..
Intailah diriku ini YA RABB walau di kerling hujung mata...

Ciptaan asal oleh
lautan_ulum


Wednesday, August 26, 2009

UKHWAH!!!!!

Wlau ku bisa berkata ukhwah adalah tunggak kekuatan
Ku bisa melontarkan kata ukhwah benteng kesatuan
Ukhwah batu loncatan memajukan lagi organisasi
Ukhwah itu dan ini....
Sakit dan susah seorang semua terasa....
Peringkat ukhwah terbahagi kepada 3,
yang paling tinggi darjatnya mengutamakan sahabat dari diri sendiri..
Namun masih ku terfikir,
Sejauh mana tautan ukhwahku,
Sekadar rakan berbicara,
Tempat buat lawak,
Sebagai kenalan bertempat dan berwaktu..
Atau ukhwah ini bagai fatamorgana..
Wujud pada sesuatu masa..
Dari jauh nampak
Pergi dekat hilang....

Secara teorinya semua kita ketahui, yang tinggal nak mempraktiknya saja....



‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)




Friday, August 21, 2009

Salam RAMADHAN KARIM






Sudah sekian lama ku menunggu saat ini..
Nama mu selalu
berlegar di hati..
Walau nama mu tidak menjadi perbualan dini
hari..
Walau nama mu tidak sepopular nama-nama yang popular di dunia
ini..

Namun bagiku..

Kehadiranmu
ckup dinanti-nanti..
Biarlah kehadiranmu kali ini memberi seribu
erti..
Ku taknak lagi terlepas peluang ini..

Bagi yang mengerti..

Datangmu di
nanti-nanti..
Pergimu ditangisi..

ENGKAULAH RAMADHAN
BULAN TARBIAH..
BULAN PESTA IBADAH..






Monday, August 10, 2009

Perancangan yang menunggu suatu PELAKSANAAN!!!


Puas merancang...
Mencari jalan terbaik....
Diantara jalan lama dengan baru...
Jalan lama sudah terbukti kejayaannya...
Sedang jalan baru berdepan pelbagai kemungkinan...
Bukanku tak percaya dengan jalan lama..
Dan bukannya ku tak mengharap suatu perubahan...
Semua method mengarah untuk KEBAIKAN...
Yang penting dimana kita...
Sekadar jurucakap atau jurubuat...
Atau kedua-duanya sekali......
Fikir-fikirkanlah!!!!!



Tuesday, July 28, 2009

Pondok Terusan Pasir Tumbuh segar dalam ingatan

Sedikit bingkisan hati ketika merenung pondok Terusan Pasir Tumbuh,
sebagai renungan bersama...

Tanah ini laman tarbiah ilmiah dan ruhaniah..
Beribu-ribu pelajar dari serata dunia. Ku terasa tenang ketika sujud di masjidnya. 
Air kolahnya yang dingin, sedingin kata-kata ulama yang meniti-niti di telinga sejak zaman berzaman. 
Mutiara-mutiara fekah, tauhid, tasauf, mantiq, balaghah, ulum quran, hadith, hikam, tafsir dan banyak lagi sentiasa bersinar, tak pernah malap..
Ketika bait-bait syair di lafazkan, ketika ilmu di bedah, ketika hikam dibentang di sana ada harapan-harapan...
Ulama kerdil tersingkap penyambung perjuangan ulama terdahulu, ibarat dari yang kosong bersedia dicorak walau dahulu rosak darinya itu perasaan rata-rata pemuda yang menghinanya...
Amat bertuah perintis pondok ini, amat bertuah penyambung dan pejuangnya, kerana pasti rahmat sentiasa ada.
Namun di dalam sekawan merpati putih pasti ada seekor dua yang warnanya kelabu atau mungkin hitam. Bukan tak kena tarbiah ulama. Tapi mungkin coraknya sudah begitu..
Nasib baik kita bukan merpati, tak bolehnak dicat atau di tampal bulu-bulu putih. kita manusia ada TUHAN MAHA PENCIPTA DAN PENERIMA TAUBAT.......


dari sahabatku
lautan_ulum87