Tuesday, July 28, 2009

Pondok Terusan Pasir Tumbuh segar dalam ingatan

Sedikit bingkisan hati ketika merenung pondok Terusan Pasir Tumbuh,
sebagai renungan bersama...

Tanah ini laman tarbiah ilmiah dan ruhaniah..
Beribu-ribu pelajar dari serata dunia. Ku terasa tenang ketika sujud di masjidnya. 
Air kolahnya yang dingin, sedingin kata-kata ulama yang meniti-niti di telinga sejak zaman berzaman. 
Mutiara-mutiara fekah, tauhid, tasauf, mantiq, balaghah, ulum quran, hadith, hikam, tafsir dan banyak lagi sentiasa bersinar, tak pernah malap..
Ketika bait-bait syair di lafazkan, ketika ilmu di bedah, ketika hikam dibentang di sana ada harapan-harapan...
Ulama kerdil tersingkap penyambung perjuangan ulama terdahulu, ibarat dari yang kosong bersedia dicorak walau dahulu rosak darinya itu perasaan rata-rata pemuda yang menghinanya...
Amat bertuah perintis pondok ini, amat bertuah penyambung dan pejuangnya, kerana pasti rahmat sentiasa ada.
Namun di dalam sekawan merpati putih pasti ada seekor dua yang warnanya kelabu atau mungkin hitam. Bukan tak kena tarbiah ulama. Tapi mungkin coraknya sudah begitu..
Nasib baik kita bukan merpati, tak bolehnak dicat atau di tampal bulu-bulu putih. kita manusia ada TUHAN MAHA PENCIPTA DAN PENERIMA TAUBAT.......


dari sahabatku
lautan_ulum87

No comments: