Saturday, May 22, 2021

Surau SK Pos Legap Anugerah emas Surau Imarah


Alhamdulillah, rezeki dariNYA.. Surau An Nur SK Pos Legap mendapat anugerah emas bagi pertandingan ikon surau imarah bagi kategori Sekolah Murid Orang Asli PPD Kuala Kangsar.

Pengistiharan di umumkan melalui page Unit pendidikan Islam PPD Kuala Kangsar...

Tahniah diucapkan buat semua warga SK Pos Legap Atas kejayaan ini...


Link Video Surau AN Nur SK Pos Legap: https://youtu.be/rQ_hTY9GlRc


"Mencorak Susana Dengan Islam"

Tadabbur Surah Al Asr


Video ini menerangkan berkaitan kefahaman atau tafsiran secara ringkas Surah Al Asr. Guru menerangkan secara terperinci setiap ayat daripada surah Al Asr ini. Di samping kita membaca surah ini, banyak pedoman dan tuntutan yang perlu diambil sebagai pengajaran dalam kehidupan seorang muslim. Semoga video ini bermanfaat buat pelajar dan semua.


Diambil dari Web AYU link: Akademi Youtuber: KEFAHAMAN SURAH AL ASR | BIDANG AL-QURAN | PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Wednesday, February 10, 2021

Cikgu DEE Pos







Minta sama2 like ye page FB saya baru buat untuk perkongsian pendidikan...

Link Page FB: Cikgu Dee Pos





Link Channel Youtube : Cikgu Dee Pos


Moga bermanfaat buat semua....

"Mencorak Suasana Dengan Islam"




Wednesday, January 27, 2021

Guru Kena Pergi Sekolah Musim PKP!!!


Empat kaedah pembelajaran dipraktikkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Legap, Sungai Siput, Perak untuk memastikan tiada murid tercicir dalam pendidikan akademik seiring pelaksanaan sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.

Guru Besarnya, Balya Aziz @ Ismail, berkata pendekatan itu merangkumi penyediaan modul pembelajaran, mewujudkan kumpulan Whatsapp dalam kalangan ibu bapa, penggunaan buku teks dan tontonan melalui saluran TV Pendidikan.

Beliau berkata, kekangan akses internet dan pemilikan gajet yang rendah di kawasan pedalaman bukan halangan untuk pembelajaran akademik berlangsung memandangkan terdapat medium lain yang boleh menggantikannya.



“Kami telah sediakan modul pembelajaran merangkumi semua subjek bagi tempoh dua minggu sekali gus yang diambil ibu bapa di dewan sekolah manakala kumpulan Whatsapp pula bertindak sebagai medium perantara pembelajaran antara guru, ibu bapa dan pelajar.

“Kumpulan ini terdiri daripada Yang Dipertua PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) serta Tok Batin di mana mereka ini bertindak sebagai ejen bagi menguar-uarkan maklumat berkaitan pembelajaran yang disediakan guru dari semasa ke semasa,” katanya kepada GPSBestari.

Menurut Balya, di samping penggunaan buku teks sedia ada, pihaknya turut menggalakkan ibu bapa menonton TV Pendidikan sebagai bahan tambahan pembelajaran murid.



“Kita juga ada edarkan jadual siaran TV Pendidikan setiap hari untuk makluman ibu bapa.

“Pihak sekolah dan PIBG telah bermesyuarat awal apabila dimaklumkan pelaksanaan semula PKP kerana pengalaman terdahulu banyak membantu, justeru kami yakin kaedah modul ini dapat dipraktikkan murid sebaiknya selain tidak membebankan kewangan ibu bapa di sini.

Balya berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar kerana sentiasa cakna membantu meningkatkan tahap pendidikan di kawasan itu.

Pada masa sama, beliau sentiasa menggalakkan gurunya untuk lebih kreatif dan mewujudkan suasana pembelajaran menarik antaranya menerusi penghasilan video.

link artikal : GPSBESTARI.COM


Guru pergi sekolah PKP!!!

"Mencorak Suasan Dengan Islam"

Tuesday, December 29, 2020

Surah Hafazan Sekolah Rendah



Assalamualaikum....

Cuti sekolah telah bermula... jangan lupa ulangkaji pelajaran ya semua...
Di sini saya kongsikan playlist surah hafazan sekolah rendah... moga bermanfaat...

boleh kongsikan buat semua....

https://www.youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKuGI-w9sUFOvu5qh9ST5FKT



Anda juga boleh melayari youtube saya di


https://youtube.com/c/CikguDEEPOS


Terima kasih..

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Playlist Video Pendidikan Islam Sekolah Rendah



Assalamualaikum semua


Di musim cuti sekolah ini dengan norma baru, pergerakan terpaksa dihadkan bagi menjaga kesejahteraan bersama..


Bagi mengisi ruang masa anak-anak di rumah, disini saya kongsikan playlist video pembelajaran subjek PENDIDIKAN ISLAM sekolah rendah buat semua dari tahun satu sampai tahun enam.. Hasil perkongsian sahabat-sahabat Akademi Youtuber Guru(AYU ) seluruh Malaysia yang hebat semua.


Video ini boleh digunakan oleh guru-guru, murid-murid dan ibubapa sebagai bahanbantu mengajar... 


Moga ianya bermanfaat buat semua... 


Tahun SATU

https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKumxEP72OLz-yYezf2BCfDu


Tahun DUA

https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKurf80VXGuBvufaaNiELsXH


Tahun TIGA

https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKtfnBIAMDJeqMCTuV8RPlkc


Tahun EMPAT 

https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKvH7pXOmXIXAXVN0b2CVVVk


Tahun LIMA 

https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKtKAj-a-RgItZXevfC40dK9


Tahun ENAM

https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKu9lY6gJkXWrmI0OJWk0BiD


Surah Hafazan sekolah rendah

https://youtube.com/playlist?list=PL6jW4tQHfgKuGI-w9sUFOvu5qh9ST5FKT


Anda juga boleh melayari youtube saya di


https://youtube.com/c/CikguDEEPOS


Terima kasih..

Boleh kongsikan buat semua

"Mencorak Suasana Dengan Islam"


Channel CIKGU DEE masuk portal AYU



5 VIDEO MENARIK DARIPADA USTAZ DEE #AYU #ALTERNATIF



💥PDPC BIDANG AL QURAN SEKOLAH RENDAH


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Saya, Ustaz Ahmad Majdi Bin Sanusi, mempunyai pengalaman mengajar selama 9 tahun dan kini sedang berkhidmat di SK POS LEGAP Sungai Siput (U), Perak.


💥Berpengalaman juga sebagai hakim tajwid Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah.


Saya ingin berkongsi dengan anda 5 video pdp terbaik yang saya hasilkan untuk anak murid sekolah rendah dalam bidang Al Quran (Surah Hafazan). Walaupun hanya menonton video mereka mempelajari 4 kemahiran utama bagi bidang Hafazan, iaitu baca, hafaz, hafaz dengan betul dan hafaz dengan bertajwid. 


Kesemua video yang saya hasilkan adalah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang ada dalam Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran sekolah rendah, atau di kenali secara ringkas DSKP sekolah rendah. Bertepatan dengan ciri pembelajaran abad 21.


Di bawah adalah video terbaik ini daripada channel ustaz:


1. SURAH AL IKHLAS HAFAZAN TAHUN 1 


https://youtu.be/ZW9zRqAML0A


2. SURAH AL FATIHAH HAFAZAN TAHUN 1


https://youtu.be/gNYWegglT28


3. SURAH AN NAS HAFAZAN TAHUN 2


https://youtu.be/tK8trVIAZ-c


4. SURAH AL ASR HAFAZAN TAHUN 3


https://youtu.be/DShOMDdiwEA


5. SURAH AL QORIAH HAFAZAN TAHUN 4

 

https://youtu.be/dSK1tyXg_uQ


Jika anda dapati video ini bermanfaat untuk semua, maka sebarkanlah kepada: guru-guru, ibu bapa, rakan taulan ataupun sanak saudara kalian semua. Semoga amal jariah ini diterima oleh Allah dan pahalanya berpanjangan hingga ke akhirat sana. 


أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ

Maksudnya :” Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.”

Riwayat al-Baihaqi (1865) di dalam Syu’ab al-Iman


Anda juga boleh melayari youtube saya di

https://youtube.com/c/CikguDEEPOS


www.akademiyoutuber.com

EDIDIK MALAYSIA

KELAB GURU MALAYSIA


Tuesday, October 20, 2020

Koleksi Bahan PdPR Pendidikan Islam KSSR

Assalamualaikum kawan-kawan..

Dah banyak sekolah ditutup sekarang kan? Tetapi PdPR perlu dilaksanakan juga. Kami gabungan Guru-guru Pendidikan Islam daripada Akademi Youtuber telah menyediakan bahan-bahan
terbaik
untuk kegunaan rakan-rakan guru Pendidikan Islam KSSR.
Disertakan link bahan PdPR di bawah :
Koleksi Bahan PdPR Pendidikan Islam KSSR Tahap 1 (Pra, Tahun 1 - Tahun 3) :
Koleksi Bahan PdPR Pendidikan Islam KSSR Tahap 2 (Tahun 4 - Tahun 6) :
Sila tularkan untuk manfaat semua. Sokong kami untuk kami terus kreatif.

Disertakan link bahan PdPR SEKOLAH MENENGAH juga...
Subjek Pendidikan Islam Sekolah Menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
1-Bidang Al-Qur'an
2-Bidang Hadis
3-Bidang Akidah
4-Bidang Fekah
5-Bidang Sirah
6-Bidang Akhlak Islamiyyah
Kerjasama daripada guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah seluruh Malaysia



"Mencorak Suasana Dengan Islam"