Wednesday, May 6, 2020

Murid tahun 2 SK Pos Legap 2020


 Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengajar masyarakat orang asal suku kaum temiar. Lain sekolah lain cabarannya, mengajar di bandar dengan cabarannya. 

 Pengalaman bertugas rata-rata sekolah diluar bandar banyak membantu saya mengguna pelbagai kaedah bersesuaian dengan penerimaan murid kita. Dan bagi seorang pendidik walau bagaimana murid yang datang kepada kita, kita mesti berusaha semaksimun mungkin untuk memberi tambahan ilmu kepada mereka. 
  
 Dan tiada yang mengembirakan bagi seorang guru apabila pelajarnya menunjukkan perkembangan terhadap apa yang dipelajarinya walaupun sedikit. 

 Teknik-teknik santai dan perbanyakkan pengulangan dalam versi pelbagai sangat membantu pelajar untuk lebih berminat untuk belajar. Memandangkan mereka ini tidak terdedah dengan arus persaingan seperti di bandar. 

Bercerita sirah Rasul di sini syok jg kadang-kadang


Bacaan Surah al-fatihah

Amali solat sangat membantu murid mengingati bacaan solat...


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

No comments: