DOA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ، الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَاْلَمِيْنَ، وبه نستعين والعاقبة للمتقين
ولا عدوان إلا على الظالمين.
اللهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلِوَالِدِيْنَ وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا ضِغَارًا، وَلِجَمِيْعَ
المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْا
بِالإِيْمَاْنِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوْبِنَا غِلاً لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا
رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفُ الرَّحِيْمِ.
يَا الله يَا رَحْمَان يَا رَحِيْم
Dengan penuh khusyuk kami memohon, Ya Allah, akan limpahan
dan naungan-Mu ke atas majlis Sambutan
kemerdekaan ini dengan keberkatan dan keredhaan-Mu. Ya Allah,
sempena Kemerdekaan Malaysia ke-64 ini kami mengangkat tangan, demi
memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadrat-Mu, atas nikmat kemerdekaan yang
Engkau kurniakan ke atas negara kami.
Maka dengan rahmat dan kasih-Mu, Ya Allah, limpahkanlah ke
atas negara kami, keamanan dan kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari
segala perkara yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan keutuhan perpaduan,
rasa hormat menghormati sesama rakyat yang kami nikmati ketika ini.
Ya Allah, atas sifat rahmat-Mu kami menadahkan tangan dengan
penuh pasrah jua, agar Engkau sentiasa memberkati para pemimpin watan ini, rakyat
dan sekalian kami dengan bimbingan dan hidayah-Mu yang berterusan. Ya Allah,
limpahkanlah rahim-Mu kepada para pejuang kemerdekaan negara kami yang amat
berjasa dan pasukan keselamatan kami yang sanggup berkorban demi memastikan
keamanan dapat dinikmati sekalian rakyat.
اللهُمَّ
يَا الله
Engkau padukanlah, Ya Allah, hati kami dengan kasih sayang,
jiwa kami dengan rasa penghormatan dan kebanggaan menjadi anak Malaysia, moga
kami bersatu, memadu kekuatan, demi membina kecemerlangan dan memacu kemajuan,
rohani dan jasmani sebagai pengisian kemerdekaan ibu pertiwi tercinta.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu jua, Ya Allah, agar
dibimbing hati kami dengan hidayah-Mu, dicucuri diri kami dengan pandangan
rahmat-Mu, dan dibantulah kami dengan sifat Rahim-Mu, agar kami terus bersatu,
dan bersama gerak menuju matlamat yang satu, untuk membina dan membangunkan
watan kami yang merdeka, maju dan berdaya saing, demi mempertahan watan kami
yang berdaulat dan disegani di persada dunia di bawah naungan rahmat dan
nikmat-Mu.
Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha
kami, teguhkanlah hati kami dengan kesabaran, luruskan tujuan kami dengan
kejujuran, agar dapat kami hulurkan tenaga dan bakti dengan penuh ketulusan,
untuk membangun dan membina negara dan ummah ke arah kejayaan, di dunia dan
kebahagiaan di akhirat.
Dan kepada-Mu jua kami pasrah, menggantungkan harapan, agar
segala usaha dan amal kami selama hayat dikandung badan, diperkira sebagai amal
soleh dan kebajikan, agar dapat menjadi bekalan ketika berhadapan dengan-Mu, di
hari kebangkitan, di waktu seluruh manusia mendapat balasan, antara kebaikan
dan keburukan.
اللهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا
مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ
وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ.
اللهُمَّ
أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا
دُنْيَانَا الَّتِي فِيْهَا مَعَاشُنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِي
إِلَيْهَا مَعَادُنَا، وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِيْ كُلِّ خَيْرٍ،
وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اللهُمَّ
إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جُهْدِ البَلاِءِ وَدَرْكِ الشَّقَاْءِ وَسُوْءِ
القَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ وَعُضَاْلِ الدَّاْءِ وَخَيْبَةِ الرَّجَاْءِ
وَنَسْأَلُكَ اللهُمَّ بِجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ سَلاَمَةً فِي الدِّيْنِ والدُّنْيَا
وَعَافِيَةً فِي الجَسَدِ وَسَعَادَةً فِي الآخِرَةِ.
اللهُمَّ
اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُوْلُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ
مَعْصِيَتِكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهَا جَنَّتَكَ، وَمِنَ
اليَقِيْنِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، وَمَتِّعْنَا
بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ
الوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى
مَنْ عَادَانَا وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِي دِيْنِنَا وَلاَ تَجْعَلِ
الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا
مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا.
رَبَّنَا
آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفَي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلاَمٌ
عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
"Mencorak Suasana Dengan Islam"
No comments:
Post a Comment