Wednesday, February 23, 2011

Merungkai Sebuah Keheningan


Di dalam keheningan malam ini sambil menungggu masa untuk menjalankan tugas di sekitar Putrajaya, ana cuba berkongsi dan menconteng ruangan ini bagi menampakkan seri sedikit dengan kerlipan pandangan insan daif ini.

 Walau sudah hampir dua bulan diri ini terpaksa berjauhan dengan warga kampus tetapi status diri ini tetap lagi bergelar sebahagian darinya. Jasad sahaja yang tidak lagi bergegas ke kampus bagi menghadiri kuliah tapi sekarang terpaksa bergegas ke pejabat. Hanya tempat tujunya sahaja berbeza namun statusnya sama.

 Bermula dengan revolusi anak muda di Mesir terus merebak ke sebahagian pelusuk tanah arab mengembling tenaga menunjukkan keberanian sebenar anak muda yang dahagakan kebenaran dan anti kezaliman semuanya meledak dek mercum dibakar sumbunya yang menunggu meledak. Inilah realitinya yang berlaku zaman berzaman, sejarah tetap akan berulang hanya wataknya sahaja yang berbeza.

 Diri ini sering tertanya-tanya jika sejarah ini betul-betul terzahir di abab ini adakah diri ini tergolong dalam watak-watak mempertahankan Islam atau sebaliknya, wal iyazubillah.

 Bumi USIM yang dirindui...

 Dalam beberapa minggu ini walau berjauhan dari kampus pelbagai cerita kedengaran, bermula dari cerita biasa kedengaran dan beberapa sketsa yang cukup menarik buat perkembangan dunia mahasiswa. Tidak perlu rasanya diri ini menceritakan secara spesifik setiap sketsa yang dimaksudkan.


 Buat pentadbiran USIM sepatutnya dapat membaca kemana hala tuju pembawakan mereka yang bertepatan   dengan kehendak warganya, bukan syok sendiri. Sudah pelbagai cara mahasiswa menunjukkan apa yang mereka mahukan bagi menterjemahkan apa yang mereka pelajari dalam dewan kuliah. Bermula perbincangan secara baik, flyers dan sehingga terdegar ura-ura memboikot. Sudah sepatutnya semua pihak pentadbiran faham mereka semua berada di sebuah Universiti bertstatus 'Islam' yang cukup gah pada namanya. Bahkan Allah sendiri mengakuinya dalam firmannya yang sinonim disemua telinga kita yang bermaksud: sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam... Dikuatkan pula dengan hadith Nabi sallalahu alaihi wasallam yang bermaksud: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.. Cukuplah rasanya kita  menonjolkan ketinggian Islam itu dengan apa yang bersesuaian dengan syariatnya, nescaya kita akan menjadi tinggi dengan sendirinya. Tiada maknanya nama sentiasa meniti di bibir manusia tetapi tentang kejelekan kita.

 "Melayu menemui identitinya dengan Islam"(S.Naquit Alatas)
 Jadi sudah terserlah Islam itu mengangkat melayu, bukannya melayu mengangkat Islam. Sepatutnya kita lebih berbangga terpilih diberi nikmat Islam ini berbanding lainnya.

 Jangan ditunggu apa berlaku di Universiti lain berlaku di sini, bagi sang peria yang penuh dengan jiwa sang perwira mereka hanya menunggu kepala gerabak bergerak, sedang yang lainnya menanti untuk bersuara. Agak kelakar juga rasanya apabila terdegar ada sesetengah pihak bersuara menyatakan sekarang sudah timbul pelbagai pihak di kampus, hatta kedengaran jua sekarang sudah wujudnya golongan yang digelarkan pro-mahasiswa. Yang peliknya belum sempat mereka mempelkenalkan diri sudah ada mengketogerikan mereka, jadi tidak mustahillah akan tiba saatnya nanti wujudnya golongan ini.

 Yang pentingnya sekarang pihak pentadbiran sepatutnya lebih pandai merancang program atau semua bentuk pengisian buat semua mahasiswa bertepatan dengan apa yang mereka pelajari dari dewan kuliah, bukannya bertentangan 100% dengan apa mereka pelajari. Walau pelbagai alasan diberikan, biarlah jawapan itu bertepatan dengan keintelektualan mahasiswa. Bukan sekadar melepaskan diri atau menunding jari tetapi maknakanlah dan martabat tinggikan bumi bertuah ini dengan kegemilangan warganya dengan syakhsiah Islamiah yang sebenar dengan pengisian yang mengarah kearah itu.  

 Namun begitu, makanisme perubahan sentiasa ada buat kita praktikkan. Bermula warga mahasiswanya sehingga pentadbirannya, kita semualah yang sepatutnya lebih kreatif menilainya semoga bersesuaian dengan 'guide' syara' yang sudah ada.

 Jika dalam pengajian usul fiqh ada membincangkan azimah dan rukhsah dalam skop ibadah semata. Jadi apa salahnya jika kita semua menterjemahkan konsep ini dalam kehidupan kampus kita. Secara umumnya azimah dilaksanakan ketika tiada halangan atau kekangan melaksakan sesuatu ibadat, seperti solat 4rakaat zohor dalam keadaan sempurna. Tetapi dengan sebab musafir kita boleh mengambil rukhsah dengan menkhosar(memendekkan) kepada dua rakaat, atau ketika sakit kita boleh buat mengikut kemampuan diri kita. Itu dari konsep ibadahnya sedang dari konsep dakwahnya kita boleh terjemahkan dengan pembaan kita bertemu dengan madu'. Ada masanya kita terpaksa mengambil kaedah rukhsah dan ada masanya kita mengambil kaedah azimah. Sebagai contoh, seorang pendakwah ingin berdakwah golongan yang kurang kefahaman agama. Maka di masa itu mereka boleh berpakaian mirip golongan yang ingin didekati, dengan syarat tutup aurat.

 Tetapi dalam kehidupan semua golongan yang sudah memahami islam dengan sebaiknya, adakah kita masih lagi mahu berpakaian seperti orang yang tidak faham islam?.
Begitu jugalah jika nak dikaitkan dengan situasi kampus USIM, mereka semua adalah berasal dari golongan sekolah agama. Buat apa lagi kita mahu membicarakan benda yang syubhah, sedang yang shahihnya belum semua terlaksana.

 Coretan ini hanyalah sekadar mengisi ruangan blog ini, tiada niat pun mahu menunding jari buat mana-mana pihak. Sebagai menyuarakan pandangan sebagai serpihan warganya yang menunggu hari penghujung.


"Mencorak Suasana Dengan Islam"


p/s: sedih rasanya xdapat mengundi prk kampus. masih tetanya-tanya kenapa pelajar praktikal tidak dibenarkan mengundi, walau berpraktikal di sekitar Nilai. Takkan kerana menginginkan peratusan keluar mengundi yang tinggi, tanggungjawab kami yang bersisa diketepikan. Sebagai seorang senior kami sepatutnya lebih memahami kepimpinan macam mana sepatutnya. 
Apa-apa pun tahniah buat kepimpinan MPP sesi ini, tunaikanlah sebaiknya manifesto kalian dan maknakanlah kemenangan kalian dengan sebaiknya. Bukan sekadar mengikut telunjuk, tetapi mencipta petunjuk.

Salah silap harap maafkan..lw xfham buat2 jelah...

Wednesday, February 9, 2011

Dahaga



Dahaga...
Dikala panas terik sang mentari di siang hari menerjah, disinilah terasanya tengkok ini ingin menyapa titisan air sebagai penawar dahaga..

 
Dahaga..
Dikala sang rempit dipisahkan dengan mtornya, di sinilah terasa bagai menanti malam begitu panjang bagai tiada menjelma siang.. 

Dahaga..
Dikala perenang tiada bertemu air, di sinilah terasa bagai semua terhidang di depan terasa bagai hamparan laut untuk diredah..

Dahaga...
Dikala sang anak berjauhan dengan ibu diperantauan, di sinilah terasa bagai terlalu merindui saat pertemuan sebagai pengubat dahaga rindu...

Dahaga..
Dikala sang bujang dan dara telah terlebih umur untuk membina mahligai keluarga, di sinilah terasa bagai diri tiada peneman dalam kehidupan...

Dahaga..
Dikala pasangan berkasih berkelana berasingan, di sinilah terasa bagai hari-hari yang dilalui begitu panjang untuk diredah berkeseorangan...

 Namun sedar atau tidak, dikala kehendak insani tidak dipenuhi seperti kebiasaan, kita cukup terasa ketiadaannya. Kehidupan kita tidak lebih dari haiwani jika sekadar ini jua kita mahukan, walhal sedar atau tidak di dalam kehidupan insani ini kita sering terlupa kehendak rohani atau jiwa kita yang cukup mendahagakan bajaan amalan taqarrub billah. 

 Jangan biarkanlah hati ini tidak merasa dahaga sedang realitinya kebuluran dan menghitung hari menunggu mati.
"Sesungguhnya seringan-ringan siksa-KU terhadap orang alim, jika ia mengutamakan syahwatnya daripada cinta-KU, akan AKU haramkan daripada merasakan kelazatan bermunajat kepada-KU"(dipetik dari kitab hikam Ibn Attaillah)

p/s: rangkap di atas hanyalah sebagai pembayang, tak tahulah kena atau tidak dengan isi utama yang ingin disampaikan...

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday, January 31, 2011

Teks Doa Bual Bicara 2011 Bersama Dato’ Pengarah JAWI



الحمد لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين

ALLAH HUMMA YA ALLAH


PADA PAGI YANG MULIA INI, SEMPENA BUAL BICARA BERSAMA DATO’ HAJI CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN, BAGI TAHUN 2011,  ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN KERJASAMA PERBADANAN PUTRAJAYA, KAMI MENADAH TANGAN DAN BERSYUKUR KE HADRATMU DI ATAS NIKMAT LIMPAH KURNIAMU YANG TIDAK TERHINGGA KE ATAS KAMI SEHINGGA KAMI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN, DAMAI DAN HARMONI SERTA DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS KAMI DI MUKA BUMI INI DAN DIPOHONKAN JADIKANLAH MAJLIS KAMI INI MAJLIS YANG ENGKAU REDHAI DAN BERKATI.
YA SATAR YA ALIM
KAMI JUGA MEMOHON AGAR KURNIAKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN YANG BERKEKALAN DAN SEBAIK-BAIK PEMELIHARAAN UNTUK KAMI TERUS BERAMAL MELAKSANAKAN PERINTAHMU DAN MENJAUHI LARANGANMU. BIMBINGLAH KAMI AGAR DAPAT MENJALANI PERJUANGAN HIDUP DENGAN PENUH KETAATAN DENGAN SINARAN PETUNJUKMU YANG BERTERUSAN.
YA ALLAH

DENGAN RAHMAT, NIKMAT DAN EHSANMU, KAMI MENADAH TANGAN BERDOA MEMOHON DARIMU TAUFIQ DAN HIDAYAH, INAYAH DAN RIAYAH, KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM KHASNYA NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA. HINDARILAH KAMI DARI MALA PETAKA, WABAK PENYAKIT DAN SEGALA KEMUDARATAN, SESUNGGUHNYA KAMI BERTAUBAT, KEMBALI DAN BERSERAH DIRI KEPADAMU.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما، وتفرقنا من بعده تفرق معصوما.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار



DiBaca pada 28/1/2011

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday, January 24, 2011

Selamat Berjuang Sahabatku

Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

 

 "Mencorak Suasana Dengan Islam"

Tuesday, January 11, 2011

PROGRAM IMAM MUDA QARYAH ( IMQ )

PROGRAM IMAM MUDA QARYAH ( IMQ )


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.            Terbuka kepada warga kariah masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berumur 18 hingga 40 tahun sahaja.
2.            Tidak terlibat dalam kes-kes penyalahgunaan dadah.
3.            Tidak disabitkan dengan mana-mana kes jenayah di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil.
4.            Peserta yang bermastautin di Putrajaya boleh mendapat pengesahan dari Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah., Cawangan Putrajaya. Pengesahan palsu mengakibatkan penyertaaan peserta akan ditolak secara automatik.

HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN

1.      Tempat pertama : wang tunai bernilai RM 20,000, umrah, sijil penyertaan beserta hadiah iringan.
2.      Tempat kedua  : wang tunai bernilai RM 15,000, sijil penyertaan beserta hadiah iringan.
3.      Tempat ketiga : wang tunai bernilai RM 10,000, sijil penyertaan beserta hadiah iringan.
4.         Hadiah saguhati : wang tunai bernilai bernilai rm 1,000.00, sijil penyertaan   
        beserta hadiah iringan
5.         Setiap peserta :  mendapat sijil penyertaan          

Kepada yang berminat bolehlah mendapatkan borang di Surau-surau Jumaat  dan di JAWI Caw Putrajaya. Tarikh tutup penyertaan pada 20 Januari 2011. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia kami di talian 03 - 88842600 / 2602 / 2622 / 2633.



Atau boleh berhubung terus dengan ana, Ahmad Majdi Bin Sanusi JAWI Putrajaya....

Wednesday, January 5, 2011

Praktikal

 Pukul 8.00 pagi masuk kerja dan 5.00 petang habis kerja dan hujung minggu basuh kereta dan bagi yang sudah berkeluarga membawa keluarga shoping dan berkelah, itulah ratib harian seorang insan berkerjaya. Bermula dari bujang hingga bergelar datuk itulah ratibnya.

 Namun sedarlah wahai teman-teman yang menyedari bahawa kehidupan ini bukan sekadar memenuhi kehendak  jasadi semata bahawa di sana masih lagi ada tanggungjawab yang menggharapkan tangan-tangan kita membuatnya. Kehidupan kita sebagai seorang yang mengaku muslim sepatutnya ada perbezaan berbanding bukan muslim, atau bahasa kasarnya kehidupan haiwani yang hidup untuk memenuhi kehendak jasadi semata.

 Sepatutnya kita sebagai seorang yang bergelar muslim yang penuh dengan tiupan roh kesedaran dapat mencorak kehidupan kita dengan sesuatu yang berbeza dengan orang lain. Walau waktu dan kerja kita nampak sama tetapi tujuan akhir kita berbeza.

 Jika orang lain belajar kita juga belajar, tetapi belajar kita dengan tujuan ingin mengajarkan kembali kepada masyarakat. Jika orang lain bekerja sekadar menggu duit gaji di hujung bulan, biarlah kita bekerja demi mencari habuan untuk di infakkan kepada perjuangan dan pembangunan Agama.

 Cubalah sama-sama kita brain storming, setting niat dan harmonikan kembali tujuan hidup ini semoga seluruh kehidupan kita terzahir keindahan ISLAM itu... InsyaAllah..


Sekadar nasihat buat diri sendiri dan perkongsian buat teman-teman, sempena tempoh praktikal ini. 
Walau jasad letih menaggung kepenatan bekerja, namun jangan biarkan kepenatan melanda roh perjaungan..    






"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, December 26, 2010

Cinta di Langit GAZA

           
            “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin maka dia bukan dari golongan mereka..” (Hadith riwayat Baihaqi)

            Al-Hamdulillah dapat juga dalam kesempatan cuti ini dapat menghabiskan beberapa bahan bacaan ringan sebagai menabur sedikit baja kepada diri yang gersang ini.

  Di sini ana ingin berkongsi buat semua sedikit pengajaran dan sedikit synopsis kepada buku yang bertajuk Cinta di langit GAZA yang dikarang oleh Riduan Mohamad Nor yang banyak mencerikan berkaitan simpul siul dalam melaksanakan misi kemanusiaan di Kebanyakan tanah yang diberi sedikit ujian daripada Yang Maha Pencipta bagi menguji hambanya, bagi yang beriman ujian sebagai menaikkan lagi martabat keimanan mereka sedang bagi golongan maksiat pula sebagai memberi pengajaran yang mungkin mengingat kembali kepada pencipta atau terus menjauhkan mereka dari nur hidayah-NYA.

  Dan bagi kita yang belum di uji sebegitu oleh-NYA, ujian kepada kebanyakan dunia islam ini sebagai gambaran awal kepada kita betapa Allah yang bersifat al’aziz, alQawiy dan segala sifat kekuasaan dan kesempurnaan. Ujian bukan hanya ditujukan kepada mangsa di sesuatu kawasan bencana, namun ujian ini jua menguji kita yang bergelar muslim yang mengaku tiada tembok pemisah diantara sesama muslim. Setiap sembahyang yang sentiasa kita mendoakan seluruh umat islam seluruhnya tanpa ada pembahagian. Adakah sekadar itu sahaja setelah melihat bencana berlaku ke atas saudara seakidah kita, sedang di sana ada luang yang boleh kita bantu selain doa yang sudah menjadi wirid di mulut harian.

  Buku yang kecil ini banyak menceritakan pengalaman penulis dalam melaksanakan beberapa misi kemanusian di beberapa tempat, di antaranya:


1. Bumi Gaza tempat berlakunya isra’ dan mikraj
 2. Bumi acheh yang terkenal dengan jolokan serambi makkah suatu masa dahulu yang telah diserkap tsunami
3. Misi bantuan ke Lubnan, Jodgjakarta memuntahkan lahar
4. Misi bantuan di Pakistan
5. Misi menyumbang binatang korban ke Kemboja dan Bangladesh
6. Dan  gempa di Solo Indonesia.    


  Secara umumnya ana cukup tertarik dengan suasana yang digambarkan oleh penulis setiap tempat yang dijejakinya. Bermula di bumi Gaza yang menggambarkan suasana kehidupan beragama yang jelas terpanjar sebagai kekuatan atau senjata penting dalam melawan Puak Yahudi laknatullah dan beberapa tempat lagi yang di turunkan bala’ akibat kerosakan dalaman mereka sendiri yang jauh dengan agama. Teringat satu analogi dari Ust. Nik Ahmad ketika belajar di rumah beliau zaman persekolahan dulu setelah ditanya kenapa banyak Negara islam diberi banyak bala’ dari Allah. Dia menjawab orang islam ini anak sulung, jadi jika anak sulung yang diberi segala pelajaran bahkan keimanan, jadi kalau buat salah cepatlah kena hukumannya.

  Dalam melaksanakan misi ini juga pengarang banyak menggambarkan kekuatan ukhwah islamiah dikalangan umat islam yang diberi oleh Allah kefahaman yang jitu terhadap agama dan tuntutannya. Ukhwah yang terjalin dek kerana mencari redha-NYA semata tanpa mengharap sebarang ganjaran dunia yang sementara. Ukhwah yang dapat menembusi sempadan warna kulit dan benua. Ini jelas digambarkan oleh penulis melalaui pertolongan oleh orang perseorangan mahupun berkelompok di setiap jajahan tempat bagi melaksanakan misi kemanusiaan ini.

“Dengan kekuatan unsur dan budaya beragama ini maka tidak pelik jika warga kota Gaza ini merupakan penyokong tegar kepada gerakan HAMAS yang di asaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin. Rasa beragama ini tidak memungkinkan mereka menyokong FATTAH yang berlatar belakangkan fahaman Kebangsaan Arab dengan kecenderungan Sosialis…” m/s104

  Di bawah ini ana bawakan beberapa kata-kata indah atau terselit seribu makna untuk kita hayati yang sempat diri ini ketemu dalam buku ini:

1.    Masa adalah modal untuk bertemu dengan Allah dalam keadaan yang kita dipertanyakan tentang nilai umur.

2.    Membunuh masa adalah jenayah yang akan mengundang bala di hari akhirat.

3.    Perkahwinan dalam usia yang muda adalah untuk menggalakkan kelahiran generasi pelapis perjuangan.(Di Bumi GAZA)

4.    Nafsu untuk hidup mewahlah yang akan mematikan semangat jihad kita.

5.    Ujian kemewahan lebih ganas mematikan istiqomah seorang daie berbanding ujian kepayahan.

6.     Jumlah kekuatan persenjataan bukanlah faktor mutlak untuk mencapai kemenangan kerana di sana ada factor lain yang paling utama.

7.    Simpati sahaja tidak cukup untuk meleraikan bebanan mereka.

8.    Kejahatan akan terus hidup selagi ada manusia, malaikat pun gerun melihat watak manusia. Gertakan langit apa lagi yang mereka mahu?

9.    Biar hidup bergalang tanah daripada bercerminkan bangkai.

10.  Tidak semua perkara buruk mengiringi sebuah bencana, adakalanya Allah menjadikan bencana sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang.

11.  Teman adalah sebuah refleksi, siapa kita dan siapa kawan kita. Setiap orang akan memilh seseorang yang mempunyai kecenderungan yang sama, salah memilih kawan akan membawa kita ke dalam gaung yang dalam. Kawan yang sejati akan mengingatkan kita kepada akhirat,tempat menuai hasil kesan daripada amalan hidup di dunia.

12.  Jalur berfikir tidak boleh dikongkong, Islam adalah agama yang fleksibel, bahkan aliran fekah menunjukkan agama ini terlalu luas bak lautan tidak bertepi.

13. Ikatan perjuangan itu lebih kuat daripada ikatan adik-beradik yang diikat dengan darah, hanya sesiapa yang berada di medan amal Islami yang dapat menyelami keadaan ini, betapa bahagianya berada dalam usrah dan perjuangan Islam.


 Sekian sahaja dari ana sebagai perkongsian Ilmu dan semoga dengan sedikit penulisan ini akan menjadi sebagai alat penambat kepada Ilmu ini. Imam Syafie berkata: Ilmu ini ibarat binatang buruan, maka tulisanlah sebagai pengikatnya.



“Mencorak Suasana dengan Islam”

Friday, December 17, 2010

Attariq ilal Qulub.... Abbas As-Sisi




 Sebagai perkongsian buat sahabat-sahabat yang cintakan medan dakwah dan bercita-cita melihat sebuah kehidupan yang berpanjikan roh Islam menyerap dalam segenap jiwa manusia dan dimaknakan dalam dunia realiti..

 Buku ini banyak menceritakan kisah-kisah atau liku-liku yang dihadapi oleh insan bergelar da'ei.. 

 Cukup sesuai di jadikan bahan bacaan buat semua insan yang bergelar muslim dalam melabuhkan sayap kehidupan beragama yang penuh dengan amanah dari-NYA untuk dilaksanakan.


 Di bawah ini ana bawakan sedikit kata-kata yang di ambil dari buku ini sebagai pembuka semangat para pencinta ilmu membacanya;


1.    Tatkala anda ingin memikat hati mad'u, Anda harus ingat bahwa Anda adalah seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda harus ingat bahwa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya.

2.    Tugas seorang da'i seperti tugas seorang pengajar dan dokter yang akan memberikan ubat sesuai dengan penyakit yang diderita oleh pesakitnya. Tidak masuk akal kalau semua pesakit diberi ubat yang sama, kerana penyakit mereka tentu berbeza-beza satu sama lain.

3.    seorang da'i hendaklah memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain kemudian memupuknya, sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mahu bangkit berdiri melangkah di jalan Islam.

4.    Perilaku dan keteladanan seorang da'i yang ikhlas akan mempunyai pengaruh
yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat remote control yang dapat digunakan untuk memindahkan acara TV dari jarak yang jauh tanpa harus memakai kabel, begitu juga dengan seorang da'i yang ikhlas dan penuh kasih sayang. la tidak akan kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain.

5.    Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri hati dan dengki itu dapat memberikan mudharat, maka tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

6.    Rasulullah saw. bersabda,

"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu Dihidangkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)



"Mencorak Suasana Dengan Islam"