
Sunday, January 31, 2010
Salam Maahadi

Wednesday, January 20, 2010
Bahang Pilihanraya Kampus Usim
PRK USIM
Sering kali ana terdengar dari suara-suara pelesit berbunyi menyatakan PRK di USIM tidak semeriah PRK di kampus lain. Memandangkan di USIM tiadanya golongan yang bergelar Pro-m dan Pro-aspirasi. Mungkin inilah yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap mahasiswa USIM. Dua golongan ini yang mereka impikan, namun seribu satu soalan bagi diri ini, siapa yang berani memulakannya?
Beberapa soalan yang ingin diri ini lontarkan kepada warga USIM, adakah kita akan merasa hebatnya PRK kampus kita apabila wujudnya dua golongan ini??. Suara mahasiswa akan lebih bermakna dengan kewudan dua golongan ini??. Atau dengan kewujudan dua golongan ini kita lebih berminat dengan program MPP??. Inilah soalan yang sering bermain di benak fikiran ini dan sama-samalah kita jawab. Atau semua ini hanya alasan semata-mata bagi menutup kekurangan kita.
Seringkali diri ini mendengar pelbagai pandangan dari rakan-rakan apabila masuk tajuk PRK khususnya dan MPP amnya. Ada yang kata kewujudan MPP di bumi USIM ini bagaikan kambing yang diikat, tak dapat menyumbang apa-apa kepada pembangunan mahasiswa USIM. Dan ada juga menyatakan kewujudan MPP USIM bagai sama sahaja jika tiada. Inilah di antara kritikan-kritikan pedas bagi MPP.
Namun bagi diri, biar apa tohmahan yang tempias mengena telinga ini sama-samalah kita fikir. MPP menjadi wakil untuk pelajar, untuk menyuarakan suara pelajar dan sebagai lidah pelajar dengan pihak pengurusan di samping sebagai wakil menyediakn input-input berguna kepada pelajar, itulah MPP. Persoalan yang timbul adakah kita betul-betul menggunakan mereka, atau kita hanya menyatakan ketidak puasan hati kepada mereka dengan sebab kecuaian kita tidak memaklumkan permasalahan pelajar. Mereka bukannya nujum Pak Belalang yang dapat meramal apa yang akan berlaku atau yang telah berlaku tanpa mendapat maklumat dari pelajar sendiri.
Sempena PRK 21 hb ni sama-samalah kita memilih calon-calon yang dapat memperjuangkan hak kita di samping kita juga memberi support untuk pembangunan USIM ini sendiri. Bukan hanya menunding jari kepada MPP jika kita tidak nampak perubahan namun diri masing-masing di mana sumbangan kita terhadat perubahan yang kita impi-impikan selama ini, daripada yang kurang baik kepada yang baik dan yang sudah baik kepada yang lebih baik.
Kita semua yang menentukan semuanya.
"IF YOU CAN DREAM IT, YOU CAN DO IT"
Tuesday, January 12, 2010
Kelas Tafaqquh FPQS

MEMO PEMBERITAHUAN
Dimaklumkan bahawa Biro Dakwah & Kerohanian Sekratariat Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM akan mengadakan Kelas Tafaquh bermula pada 13 Januari 2010 setiap hari Rabu pukul 3.30 petang hingga 6.00petang.
Jadual pengajian adalah seperti berikut:
Masa Tempat Nama Ustaz Pelajaran
3.30PM-4.30PM DKS 2.1 FPQS Ust. Makhyuddin Hashim Tauhid
5.00PM-6.00PM DKS 2.1 FPQS Ust. Zulhilmi Muhamed Nor Adab(Hadith)
Kepada semua pelajar USIM dialu-alukan menghadiri majlis ilmu ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Ahmad Majdi Sanusi ditalian 0132796191.
Sekian terima kasih.
Sabda Nabi S.A.W bermaksud:
“Barangsiapa yang mahukan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah ianya berilmu, dan barangsiapa yang mahukan ke dua-duanya sekali maka hendakalh ianya berilmu”.
"If you can dream it, You can do it"
Friday, January 8, 2010
Skrip Doa Untuk AKSIS '09
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA USIM 2009
(AKSIS ’09)
الحمد لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.
اللهم إن نسألك سلامة في الدين، وعافية في الجساد، وزيادة في العلم، وبركة في الرزق، وتوبة قبل الموت،ورحمة عند الموت، ومغفرة بعد الموت، اللهم هون علينا في سكرات الموت، وانجاة من النار والعفو عند الحساب.
Ya Allah, sesungguhnya kami berhimpun pada malam ini adalah untuk mengingati-MU, memohon rahmat dan petunjuk dari-Mu serta mengabdikan diri yang kerdil ini terhadap-MU Tuhan sekalian alam.
Ya Rahman Ya Rahim, dengan berkat rahmat dan inayah-MU, kami memohon kepada-MU agar diberikan kemudahan dan kelancaran sepanjang Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM 2009 (AKSIS ’09) ini, kami tiada kekuatan dan tiada upaya melainkan dengan izindaripada-MU Ya Allah.
Ya Hayyu Ya Qayyum, kami berhimpun pada malam ini dengan satu tujuan untuk memartabatkan dan meninggikan syiar agama-MU Ya Allah. Oleh itu berkatilah majlis kami pada malam yang penuh bermakna ini.
اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب، قد اجتمعت على محبتك، والتقت على طاعتك، وتوحدت على دعوتك، وتعاهدت على نصرة شريعتك، فوثق اللهم رابطتها، وأدم ودها واهدها سبلها، واملأها بنورك الذي لا يخبوا واشرح صدورها بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك، وأحيها بمعرفتك وأمتها على الشهادة في سبيلك إنك نعم المولى ونعم النصير.
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما، وتفرقنا من بعده تفرق معصوما. اللهم إنا نسألك إيمانا كاملا، وقلبا خاشعا ودينا قينا صادقا وزرقا حلالا. اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الأخرة.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار.....
Saturday, January 2, 2010
Program Khatam Al-Quran Maahad Ummu Aiman..
Majlis Khatam Quran
* untuk maklumat lebih terperinci, sila lawati www.mykafa4u.my.
Malam tahun baru 2010..

Ceritanya bermula apabila ada seorang kenalan menghantar SMS mengajak diri ini untuk menyambut detik jam 12 tahun baru di dataran merdeka. Pada mulanya terasa berat juga nak pergi,dan tak merancang pun nak pergi. Namun semuanya berubah apabila tepat jam 1 seorang sahabatku menghantar satu SMS yang mengkhabarkan bahawa diri ini kena bertindak di post keselamatan pada malam itu di dataran merdeka. Bermakna kedatangan diri ini bukan hanya sekadar mengisi waktu malam tahun baru ku, namun kena bertugas di post keselamatan bagi satu operasi menyampaikan risalah kepada pengunjung, yang di anjurkan oleh sebuah badan NGO. Dengan tugas ini menyebabkan diri ini terasa terpanggil untuk pergi ke dataran merdeka malam tu. Berita tentang tugas yang berat ini sedikit menggusarkan diri ini, dalam keadaan tidak tahu apa tugas yang perlu dilakukan, diri ini tertanya-tanya.
Salam pejuang..
Niat ana di sini bukannya nak menceritakan apa yang berlaku di dataran merdeka itu, cukuplah ia menjadi simpanan dalam diri ini tentang apa yang berlaku di sana. Setelah semuanya selesai dengan amannya, tiada benda yang tidak diingini berlaku. Jam 12.20 kumpulan kami menamatkan kerja di sana. Semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Setelah selesai semua, kami berbincang sekejap untuk memutuskan antara bermalam dekat masjid mana-mana atau terus pulang ke Nilai. Ana tetap dengan keputusan diri ini mahu balik, sebab pagi 1hb itu ada majlis kat Seremban. Jadi semua terpaksa akur dengan keputusan diri ini.
Salam pejuang..
Lebih kurang jam 1 kami mula bergerak meninggalkan dataran merdeka, ada yang berhajat mahu ke masjid negara sekejap nak solat gerhana dan ada yang nak cari kedai makan. Jadi ana terpaksa minta untuk balik dulu. Dalam keletihan diri ini memandu motor, pada awalnya sahabat ana yang nak pandu, tapi ana tak bagi bimbang ana tertidur di belakang.
Salam pejuang..
Ana memandu mencari papan tanda Seremban, kalu nak di katakan area KL tu hanya papan tanda saja menjadi petunjuk bagi diri ini. Nak harapkan benda lain memang tak sampai rumahlah jawabnya.
Perjalanan pulang
Setelah dapat keluar dari kesibukan kota ana terus masuk ke lebuh raya plus. Memandu dalam keadaan keletihan, apa tidaknya dari pagi tak rehat lagi. Bermula dari kelas pukul 8-10pagi, pkul11-1ptg mitting biro dakwah dan kerohanian FPQS dan lepas tu terus bergegas ke KL. Di dalam keletihan tubuh ini ana teruskan juga memandu. Kerana terlampau mengantuk dan letih ana dan sahabat ni sempat berhenti sekejap di R&R Serdang bagi merehatkan tubuh sekejap. Hampir 15minit di situ, kami meneruskan perjalanan kami.
Salam pejuang..
Walau diri sudah mendapat cas baru, namun semuanya percaturan Allah. Ana sudah merasakan sesuatau benda yang tak baik akan berlaku. Apa tidaknya, ketika diri ini memandu, ana bagaikan berada di dunia lain. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.
Peristiwa yang tak diduga..
Ketika mata ini memandang sekejap ke kampus USIM dari lebuh raya,fikiran ini melayang jauh melihat banyak lampu-lampu yang sebelum ini terang sekarang dah gelap. Hati ini menjawab mungkin inilah yang di katakan 'save budget'. Seketika sebuah kereta membunyikan hon dengan kuatnya dari belakang motor yang kami naiki. Baru ana sedar rupa-rupanya diri ini sudah 'terlelap' seketika. Motor yang kami naiki sudah menghampiri pembahagi jalan, ana memang tak sedar apa masa tu. Tapi percaturan-NYA memang cantik, jika tiada kereta di belakang kami alamatnya atas pembahagi jalan dah kami.. Alhamdulillah diri ini dapat lagi menyedut udara di dunia ini.
Inilah pengalaman pertama ana selama 22thun ini tidur ketika memandu..
p/s: jangan memandu ketika mengantuk
Tuesday, December 29, 2009
Dalam Diari Pejuang..
Dalam diari pejuang..tiada masalah yang merumitkan
Dalam diari pejuang..
tiada ujian yang melemahkan
Dalam diari pejuang..
tiada bala' yang menyusahkan
Dalam diari pejuang..
tiada halangan yang menyukarkan
Dalam diari pejuang..
semua menjadi pemangkin kekuatan
Dalam diari pejuang..
Walau apa yang datang semuanya menjadi batu loncatan kejayaan.
Pejuang..
mereka tepu dengan masalah dan ujian,
walau sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba.
berdepan belaian pencipta, sebagai tanda ingatan-NYA...
Friday, December 25, 2009
Wajah baru dan semangat baru..
Tahun hijri baru melangkah ke tahun baru..
Tahun Masihi tinggal beberapa hari melangkah ke lebaran baru..
Semester pengajian dah nak masuk sem baru..
Template blog pun dah ubah yang baru..
Semuanya jika boleh semua nak baru..
Perjuangan pun biar berkobar semangat baru..
Ke imanan pun biar bertambah cantik dan baru..
Sedar atau tidak itulah fitrah kita yang bergelar insan, semua kalau boleh mahukan pembaharuan. Tak salah pembaharuan, namun biarlah setiap pembaharuan yang ingin kita lakukan itu tidak membuang sepenuhnya sesuatu yang lama itu. Sesuatu yang lama itu sudah terbukti natijahnya, sedang sesuatu yang baru itu berdepan dengan pelbagai kemungkinan.
Jika di dalam Ilmu Tarikh Tasri' ada menceritakan bagaimana terjadinya suatu zaman umatnya yang hanya merasa senang dengan tahap pencapaian umat terdahulu dan menyebabkan umat manusia kembali mundur. Adakah zaman yang di maksudkan sekarang?
Jadi mulai saat ini marilah sama-sama kita membina semangat baru dalam melayari bahtera yang tiada penghujung ini. Umat terdahulu telah membina sejarah mereka dengan jayanya, adakah cukup dengan kita berbangga dengan sejarah yang ditempa mereka?.
Jadi sama-sama kita fikir, pembaharuan yang akan berdepan dengan cabaran, dugaan dan berdepan dua kemungkinan berjaya atau gagal.. beranikah kita?
Baru, baru....
