Bilangan
Jurnal
Minggu
Praktikum
Tarikh
Peristiwa /
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
12
Kedua
belas
15
April – 19 April 2013
Tahap
penguasaan bacaan al-Quran yang membimbangakan
|
Masalah
Minggu
ini merupakan minggu terakhir saya berpraktikal di sekolah ini, banyak pengalaman
yang telah saya dapat dalam tempoh yang sekejap ini. Baru saya tahu bahawa
tugas seorang guru ini bukanlah semudah bicara di mulut, bahkan cukup besar
tugasan ini dalam melahirkan generasi masa hadapan yang akan mencorak
pembangunan ummah yang berkualiti.
Dalam
era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap individu
bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-murid
sekolah. Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalah
disiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu bahawa pada
merekalah disandarkan harapan negara untuk menjadi contoh tauladan terbaik
kepada generasi akan datang.
Namun
begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal ini dipandang enteng oleh
segelintir murid di sekolah ini. Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi
perkara biasa bagi mereka. Samatelahan pula kehadiran ke sekolah merupakan kesalahan
disiplin biasa bagi sesetengah pelajar di sini. Secara tidak langsung banyak
menyumbang kepada tahap penguasaan pelajaran yang membimbangkan khususnya mata
pelajaran yang saya ajar. Apa yang lebih menyedihkan, ada di kalangan
murid-murid ini yang masih tidak dapat membaca al-Quran sedangkan pada usia 10
tahun mereka sewajarnya telah dapat membaca kitab suci ini.
Saya
berpendapat berkemungkinan natijah kepada masalah ini (tidak tahu membaca al-Quran)
bukanlah suatu yang kecil, bahkan mungkin membawa kepada permasalahan ummah
yang lebih besar lagi suatu hari nanti. Manakan tidak, jika benda yang asas
dalam kehidupan setiap muslim pun belum lagi menjadi pengamalan, samentelahan
lagi perbincangan yang lebih mendalam tentang Islam dapat dicapai jika yang
paling asas belum dikuasai dan dihayati. Masalah ini adalah masalah yang serius
dan harus diberi perhatian dan memerlukan tindakan segera. Ini kerana kemahiran
membaca, al-Quran adalah kamahiran asas yang mesti dikuasai oleh semua murid
muslim. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian lanjut, visi dan misi
sekolah mahupun negara adalah suatu yang sia-sia. Lebih malang lagi seandainya
akibat dari masalah ini generasi mendatang makin jauh dengan pegangan agama.
“Al-Quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan
yang penting sebagai sumber serta panduan yang dapat menyelesaikan segala
persoalan dan memenuhi segala kehendak manusia” (Hanafi Mohamad, 1996).
“Pendidikan al-Quran adalah mencakupi semua pendidikan manusia
dalam segala segi hidupnya dan sepanjang usianya. "Kehidupan dunia
ini" adalah diumpamakan sebagai menjalani satu perjalanan untuk persiapan
kepada kehidupan yang lebih baik iaitu di akhirat. Kerana itulah pendidikan
al-Quran mengandungi kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang secant
serentak.” (Wahbah az-Zuhaili, 2005).
Permasalahan ini bukannya suatu yang berbentuk setempat, bahkan
menjadi perbincangan hangat di mana-mana tempat di Malaysia khasnya. Satu
kajian yang telab dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendapati
ramai murid Islam lepasan sekolah rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka
berada di sekolah menengah malah tidak ada usaha-usaha mereka untuk mempelajari
al-Quran apabila mereka dewasa (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004).
Sebagai
seorang guru, saya melihat masalah ini adalah isu yang perlu ditangani segera.
Ini kerana matlamat Pendidikan al-Quran dengan
jelasnya membuktikan bahawa ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya mampu
memberi kejayaan dalam pelbagai penyelidikan. Ahli sains mengambil al-Quran
sebagai asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum daripada al-Quran, ahli
falsafah membicarakan falsafah dalam al-Quran dan ahli pendidikan pula
mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan matlamat pendidikan
(Mohd Yusuf Ahmad, 2004) dan ajarannya bukan sahaja membuka jalan kepada
manusia untuk mengawal dan menghayati segala kebaikannya malah menjadi asas
untuk meninggikan kekuatan iman dan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah SWT
di samping membentuk akhlak dan peribadi mulia sebagai khalifah Allah di bumi
yang fana ini.
Analisis
masalah
Setelah
dianalisis, saya dapati bahawa terdapat beberapa permasalahan pokok kepada
masalah ini antaranya:
1. Saya kurang mengolah serta mempelbagaikan
teknik pengajaran dan pembelajaran saya.
2. Saya tidak meneliti minat dan
keperluan murid dalam menerima ilmu yang saya sampaikan.
3. Tanggapan masyarakat
bahawa subjek Pendidikan Islam tidak sepenting mata pelajaran yang akan diduduki
dalam peperiksaan awam dan penilaian untuk melanjutkan pelajaran.
“Antara faktor penyebab kelemahannya ialah kurang minat dalam
kalangan murid terhadap pelajaran ini serta kurang penekanan daripada pihak
sekolah. Kerana ia tidak dinilai kepentingannya di dalam peperiksaan awam dan
ianya juga sudah kurang dipraktikkan dalam masyarakat. Untuk mengembalikan
semula al-Quran ke tahap yang sewajamya, maka perlu satu tindakan reformasi
dalam system pendidikan ke arah memartabatkan Pendidikan Islam.” (Amri Daud,
2005)
4. Pembudayaan
pengajaran al-Quran dalam masyarakat masih belum mencukupi.
5. Masyarakat hanya mengharapkan pengajaran al-Quran yang di sampaikan di sekolah sebagai sumber utama dan terakhi tanpa ada sumber lain sebagai tambahan.
6. Pengajaran saya yang kurang memupuk minat pelajar bagi lebih meminati masa pembelajaran Khatam al-Quran.
7.Pengajaran berorientasikan peperiksaan dan kurang menarik minat murid untuk lebih menekuni dan bersungguh-sungguh ingin menguasai pembacaa al-Quran.
5. Masyarakat hanya mengharapkan pengajaran al-Quran yang di sampaikan di sekolah sebagai sumber utama dan terakhi tanpa ada sumber lain sebagai tambahan.
6. Pengajaran saya yang kurang memupuk minat pelajar bagi lebih meminati masa pembelajaran Khatam al-Quran.
7.Pengajaran berorientasikan peperiksaan dan kurang menarik minat murid untuk lebih menekuni dan bersungguh-sungguh ingin menguasai pembacaa al-Quran.
Cadangan
1) Cuba
mewujudkan suasana masyarakat setempat tentang pembudayaan al-Quran.
“Dapatan kajian
yang dijalankan oleh Farehan Mohd Hani (2000) menunjukkan bahawa kesemua 100
orang responden kajian beliau yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 bersetuju dengan kenyataan bahawa mempelajari al-Quran di sekolah
adalah tidak mencukupi. Majoriti besar daripada mereka juga menyatakan bahawa
mereka memperolehi kemahiran membaca al-Quran daripada ibu bapa mereka dan
bukan daripada sekolah. Guru Pendidikan Islam tidak dapat meningkatkan
penguasaan bacaan al-Quran muridnya tanpa sokongan dan bantuan ibu bapa, rakan
sebaya dan murid itu sendiri.”
2) Saya perlu meneliti semula corak pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dan membuat analisis mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3) Saya perlu menyenaraikan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dalam satu senarai semak.
Al-Kailani (1986) menjelaskan bahawa
kaedah yang digunakan semasa mengajar al-Quran hares dipadankan dengan objektif
pengajaran tersebut. Jadi pendidik harus terlebih dahulu merancang apakah objektif
pengajarannya dan siapa pelajarnya, kemudian baru memilih kaedah mana yang
sesuai. Beliau menggariskan lima perkara penting sebagai panduan guru memilih
kaedah mengajar al-Quran, iaitu:
o
Kaedah yang dipilih mesti selaras dengan tujuan
dan objektif pengajaran.
o
Kaedah mesti sesuai dengan mats pelajaran yang
diajar.
o
Kaedah yang digunakan mesti sepadan atau setara
dengan umur pelajar.
o
Guru harus mampu menggunakan atau
mengaplikasikan kaedah yang dipilih.
o
Masa harus mencukupi apabila mengaplikasi
mana-mana kaedah.
4) Saya perlu banyak
membaca dan menyenaraikan langkah atau aktiviti lain yang lebih menarik,
menyeronokkan serta yang dapat menarik minat murid-murid dalam mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran.
5) Saya juga perlu banyak membuat perbincangan dan perkongsian idea dengan rakan sepraktikum dan rakan praktikum yang lain untuk menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang lebiuh kreatif dan menarik.
6) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
5) Saya juga perlu banyak membuat perbincangan dan perkongsian idea dengan rakan sepraktikum dan rakan praktikum yang lain untuk menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang lebiuh kreatif dan menarik.
6) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
Tempoh Masa dan Tempoh
Tindakan Susulan
Bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran saya kelihatan menarik, saya akan
cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Aktiviti yang menarik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi memastikan keseronokkan
belajar sentiasa dapat disemai dalam kalangan murid-murid. Namun begitu bagi
melahirkan sebilangan pelajar yang betul-betul dapat menguasai pembacaan
al-Quran saya terpaksa memakan masa yang banyak dan pengorbanan yang bukan
mudah. Yang saya harapkan disini semoga permasalahan ini biarlah selesai dan
dalam masa terdekat ini biarlah semakin berkurang masalah buta al-Quran
dikalangan pelajar. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin
sudah tentu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan tidak
dapat berjalan dengan lancar, bahkan menjadi kebimbangan kepada kelahiran
masyarakat mendatang yang jauh dengan roh agama dalam kehidupan(wal
‘iyazubillah).
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
|
Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh
:
|
"Mencorak Suasana Dengan Islam"