Monday, November 12, 2012

Skrip Doa Majlis Perasmian Penutup Kem Bina Upaya j_QAF Peringkat Negeri Sabah 2012





الحمد لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.

اللهم ياعزيز ياجبار يامنتقيم

Kami rafakkan kesyukuran dan pujian   di atas izin dan inayah-MU, dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan-MU, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-MU kami dapat melaksana dan menjayakan Kem Bina Upaya j_QAF peringkat negeri 2012 ini. Jadikanlah majlis kami ini penuh dengan barakah dan magfirah(keampunan-MU). Dan jadikanlah hari-hari yang kami lalui ini permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan.  

يا الله ياقوي يا متين

Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh, mantap dan kukuh dalam menghadapi dan mengharuhi cabaran dan pancaroba hidup semasa dan mendatang. Berikanlah kami taufiq dan hidayah diatas jalan kebenaran dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.

يا الله يالطيف يا خبير بما في الصدور

Anugerahkanlah kepada kami sifat sabar, tabah, semangat kerjasama, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan segala tugas dan sentiasa berusaha menyumbang seluruh tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti kecemerlangan dan kegemilangan kepada pendidikan negeri dan Negara ini. Loronglanlah hati-hati kami dengan ketulusan agar menjadikan aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadat kepada-MU Ya ALLAH..

يا رَازِقَ البَرَايَا ويا قَاضِيَ المَنَا يَا

Jadikanlah anak-anak pelajar kami yang terlibat dalam program ini di kalangan mereka yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam pelbagai bidanga akademik dank o-kurikulum serta mempunyai peribadi yang luhur demi untuk menjadi bunga-bunga bangsa yang sentiasa harum semerbak mewangi menyelubungi alam maya.

يا مُنَوِّرَ القُلُوبِ ويا كَاشِفَ الكُرُوبِ

Kami juga memohon pada-MU agar para Pemimpin kami, keluarga kami dan rakyat Malaysia seluruhnya diberikan limpahan taufiq dan hidayah, rahmat dan nikmat, kesihatan dan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan dan berkekalan.

يا مُجِيبَ البَّدعَوَات ويا سَامِعَ الأَصْوَات

Akhirnya Ya Allah, pimpinlah gerak langkah kami selepas ini di atas landasan kebenaran dan jauhilah kami dari mala bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار،
والحمد لله رب العالمين.....


Dibaca pada       : 8/11/2012
Jam                   : 9.00pm
Teks disediakan  : Jabatan Pelajaran Sabah
Nama program   : Kem Bina Upaya j_QAF Peringkat Negeri Sabah 2012
Tempat              : Karakit Banggi, Kudat, Sabah  


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, November 4, 2012

Kepercayaan





Kepercayaan kepada ketentuanNYA
menjadikan  kita tenang di dalam kehidupan

Kepercayaan kita kepada seseorang
menjadikan kita tidak terbeban

Kepercayaan orang kepada kita
menjadikan kita lebih berani membuat keputusan..

Terkadang kepercayaan orang kepada kita yang menjadi bukti kita dapat lakukan sesuatu, di samping jangan kita lupa percaturanNYA itu datang tanpa di duga oleh akal yang memikir..









"Mencorak Suasana DDengan Islam"